KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara
sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang
didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari
kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di
sini, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas
menolak rayuan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53,
terhadap sabitan dan hukuman itu yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen
pada 23 Januari 2014.
Nordin dalam penghakimannya berkata alasan hakim Mahkamah Sesyen ketika
menjatuhkan hukuman terhadap Tian Chua adalah sah dan memadai.
"Walaupun alasan penghakiman hakim Mahkamah Sesyen tidak ditandatangani
dan tidak bertarikh tetapi bukanlah suatu ketidakadilan mengikut
Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah (luar aturan tidak membatalkan
prosiding)," katanya.
Nordin juga berkata kenyataan pembelaan oleh perayu (Tian Chua)
hanyalah bersifat penafian semata-mata dan pihak pembelaan gagal
menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Mahkamah itu bagaimanapun membenarkan permohonan Tian Chua untuk
menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan akhirnya
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis Deputi
Superintendan A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan
sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan
1975.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini
pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih
3.0.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat
Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama
yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum
RM1,000 atau kedua-duanya.
Tian Chua diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin manakala pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Hanim Mohd Tajuddin. -
Bernama
1 orang berkata:
zzzzz2018.6.4
coach outlet online
pandora charms outlet
giants jersey
longchamp bags
christian louboutin shoes
pandora jewelry
kate spade outlet
nike tn pas cher
christian louboutin outlet
nike shoes
Post a Comment