'Najib sebut nama Shafie dalam ucapan'
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengajak perwakilan Umno supaya setia terhadap parti.
Berucap ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2016 di Dewan Merdeka
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Najib mengambil contoh
sikap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bersikap
setia terhadap parti.
Berbahas dalam nada berpantun, Najib turut menyebut nama bekas Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam bentuk sindiran yang
kini sudah meninggalkan Umno.
"Jika ada yang sudah beralih arah dan tidak ‘semporna’ lagi, maka
‘se-afdhal-afdhalnya’, yang kita mahukan seorang yang setia dan tidaklah
pula bersombong-sombong, Itulah dia Datuk Seri Hishammuddin dari
Sembrong.
"Marilah berikan tanda sokongan kepada Hisham," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau, percaya bahawa, Umno Bahagian
Pagoh dan Umno Bahagian Semporna secara keseluruhannya, akan tetap
berdiri teguh dan setia dalam mendokong pimpinan parti serta Kerajaan
yang ada.
Umno kini berhadapan dengan cabaran getir apabila beberapa pemimpin
tertinggi parti itu menubuhkan parti baharu sehinggakan menimbulkan
sedikit gelombang saingan terhadap parti keramat Melayu itu.
Seramai 2,762 anggota perwakilan Umno hadir pada kali kali ini.
Perhimpunan agung ini berlangsung selama lima hari bermula Selasa.
1 orang berkata:
zzzzz2018.5.9
coach outlet online
nike air max 95 ultra
canada goose outlet
skechers outlet
ralph lauren uk
coach outlet
mlb jerseys
nike air jordan
coach outlet
true religion outlet store
Post a Comment