Pemuda Umno jawab tuduhan bertindak samseng
GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang menafikan dakwaan mengatakan
mereka sengaja membuat kacau selain bertindak samseng ala gangster di
pameran solo hasil karya kartunis terkenal, Zunar di Komtar semalam.
Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Ketua Penerangan AMK
Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda Umno Pulau Pinang
mengganggu pameran berkenaan adalah fitnah.
Menurutnya, tuduhan mengatakan kumpulan itu merosakkan beberapa peralatan lukisan di situ juga tidak benar.
"Tuduhan itu satu fitnah dan tidak benar sama sekali kerana semua hasil
lukisan kartunis pro pembangkang itu diturunkan sendiri oleh
kakitangannya. Tuduhan ini jelas menunjukkan sikap pembangkang yang suka
memutarbelitkan cerita bagi menampakkan keburukan orang lain.
"Sebagai sayap parti, kami akan terus menjadi benteng dan
mempertahankan maruah pemimpin kami dari terus diinjak-injak oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab selain hasil lukisan Zunar itu berbentuk
fitnah dan mengaibkan pemimpin pertama negara," katanya menerusi
kenyataan medianya, hari ini.
Terdahulu, dalam kenyataan medianya, Nurul Ilfiq mendakwa tindakan
serangan Pemuda Umno Pulau Pinang ke pameran lukisan kartun Zunar telah
mengakibatkan beberapa peralatan kartunis itu rosak selain menggangu
peminat dan pengunjung yang menghargai karya seni Zunar.
Rafizal berkata, pihaknya tidak akan bertindak seperti itu sekiranya Zunar tidak mempamerkan lukisan berbentuk fitnah.
"Sekiranya benar dia mahu memperjuangkan kebenaran, mengapa tidak di
pamerkan lukisan berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sedang
berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah di mahkamah?
"Sepatutnya sebagai seorang pelukis tersohor dan dikenali, Zunar
menggunakan bakatnya itu dengan betul dan bukannya dengan cara menabur
fitnah selain mengaibkan negaranya sendiri," katanya.
Menurutnya, apa yang lebih dikesalkan adalah sikap kerajaan negeri yang
memberikan permit kepada Zunar untuk mengadakan pameran tersebut.
"Pameran berunsur hasutan itu sememangnya mengundang rasa tidak senang
kepada rakyat negeri ini khususnya ahli Umno. Ia satu sikap tidak
bertanggungjawab kerajaan negeri yang seolah-olah sengaja mahu
mengundang kacau bilau dan keharmonian negara ini.
"Dan sebab itu juga kami membuat laporan polis. Tuduhan Exco Agama yang
juga Ahli Kawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul
Malik Abul Kassim juga tidak benar, kononnya kami sengaja buat kacau di
pameran tersebut," katanya.
Rafizal berkata, kehadiran dalam kejadian semalam bukan sahaja terdiri
daripada ahli Pemuda Umno Pulau Pinang sebaliknya turut dihadiri orang
awam.
"Ingin saya tegaskan, yang hadir semalam bukan sahaja Pemuda Umno Pulau
Pinang tetapi rakyat negeri ini yang bencikan kepimpinan negeri yang
dipimpin DAP. Abdul Malik perlu cermin sendiri kepimpinan DAP sebelum
mahu mendakwa Pemuda Umno bersikap jelik.
"Kepimpinan DAP lebih jijik sebab itu mereka membenarkan Zunar
mengadakan pameran lukisan kartun di Komtar yang penuh dengan penipuan
dan fitnah keji. Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam diri
sekiranya pemimpin kami diusik dan kami akan terus memperjuangkan
kebenaran," katanya.
Semalam, pameran lukisan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar
Ulhaque yang diadakan secara terbuka di tingkat 2, Bangunan Komtar di
sini terpaksa dihentikan selepas berlaku kekecohan antara sekumpulan
pemuda dan penganjurnya kira-kira jam 3 petang.
Susulan daripada itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis
berhubung pameran itu yang didakwa biadap dan provokasi kerana
mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin
negara.
11 orang berkata:
Pas ikut sama tak?
Ker berkecuali jugak?
Tak ada pun tak rugi
Ada pun tak untung
Mamat dlm gambar tu melayu ke?
Saja tanya...
Tang lukisan yg tak berapa sen pun kecoh satu donia. Cukup2 la backup yg atas2 yg dah kaya raya tu.
Bagi la yg muda2 kuat2 inovatif2 kreatif2 ni ambik tempat pulak.
Umno perlukan org2 muda. Yg jujur. Yg amanah. Yg boleh mewakili rakyat. Yg boleh jadi tempat rakyat mengadu nasib. Yg tak susahkan rakyat.
Biarlah umno yg tua2 yg kaya2 berehat. Dah lama kumpul duit. Yg bawah2 yg muda2 ni biarlah diberi peluang. Sampai bila nak angkat org2 besar duduk atas. Yg muda ni dah sampai waktu kita tolak ke atas. Yg muda2 ni dah jemu dgn perangai org2 tua atas sana yg cuma mampu beri alasan yg sama.
Beri peluang org muda supaya umno lebih bertenaga. Supaya umno tak lembik mcm org tua
Nak harap pas, pas dah jln undur belakang.
Nak harap pan, dap, pkr, bersatu, dah tonggang langgang. Yg tau cuma demo, pasang lilin. Hancur..
Harap umno saja yg boleh pakai. Cuma perlu tukar yg lama2 tu. Perlu ganti yg dah lemah2 tu. Perlu tenaga baru, muda dan bertenaga. Undi umno muda.
Klu korang tak ada janggut, tak pakai serban, tak pakai jubah, tak pakai kopiah 24 jam, jangan mimpilah nak jadi presiden pas. Nak jadi ajk pun jauh panggang dr api.
Klu korang pakai blazer atau tali leher baju tigh in...siang2 kena trajang
betul gak tu ko cakap..tapi ko silap sikit je..sikit je x banyak..
kalo ko terlanjang sekalipun dan gambar ko dah tersebar 1 negara sekalipun, tapi kalo ko kawan/sokong pas..xpe pas bleh backup ko pakai agama..setle,tutup kes terus hehehe
x caya??ko tanya elizabeth wong..hehehehe
kalo ko x kawan dan sokong dia pulak habis la ko,ruu ko pun dia tolak idup2..walhal alasan ruu ko tu sama dah mcm alasan dia,ruu ko pun nak wat penambahbaikan gak mcm ruu dia..
tapi pasal ko x kawan/sokong dia begitu jugak dia tolak idup2 ruu ko hhehehe..
sebaliknya kalo ko kawan/sokong dia..jgn kata gmbr telanjang ko dah tersebar bahkan kalo ko x mau arak ditarik pun dia bleh setle,bahkan dia boleh pulak buang org dia sendiri yg nak lawan ko suruh arak ditarik tu..xda hal berehhh bohhh...guna agama setle..hehehe
thanks for sharing
obat perangsang pria ampuh
Beza antara pas dgn umno hanyalah pada serban dan jubah saja. Yg lainnya sebijik sama.
Lanjiau la pas.
Pas la lanjiau.
Sama kan?
Beza ph dgn yang lain satu jer..
PERANGAI HARAMJADAH BUAT FITNAH.
Beza ulama dgn lebai taliban terletak pada kerisnya. Yg tunjuk2 keris tu lebai taliban
Post a Comment