Rafizi letak jawatan, Saifuddin kembali
PETALING JAYA - Mohd Rafizi Ramli hari ini disahkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.
Berita itu disampaikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Umum Wan Azizah lagi, posisi Mohd Rafizi itu akan diganti oleh penyandang terdahulu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Mohd Rafizi telah diberikan hukuman atas kesalahannya yang mendedahkan dokumen sulit di bawah akta rahsia rasmi negara.
"Maka beliau dengan penuh tanggungjawab telah melepaskan jawatannya.
Ini didorong oleh sistem perundangan yang pincang," katanya dalam sidang
media hari ini.
Wan Azizah yang ditemani Mohd Rafizi dan Saifuddin hari ini berkata, Saifuddin akan menjalankan tanggungjawabnya bermula esok.
Menurut Wan Azizah lagi, meskipun Mohd Rafizi telah melepaskan
jawatannya kepada Saiffudin, Ahli Parlimen Pandan itu akan terus
memangku jawatan sebagai naib presiden parti.
"Beliau akan terus memainkan peranan membongkarkan penyelewengan BN dan
mengembleng tenaga rakyat biasa menyertai usaha menukar kerajaan dalam
PRU14 nanti melalui pelbagai inisiatif yang beliau usahakan.
"Saya berbesar hati dengan kematangan yang ditunjukkannya," katanya lagi.
3 orang berkata:
Politik matang.
Tak mcm lebai nak bawak jawatan sampai mati. Semua org pandai dan muda dia terajang
Matang kepala bapak hg...fitnah merata cerok tu pggl politik matang??kesian sgguh la ampa ni jd pencacai dapig
Ptui... matang la konon.... kaki buat sembang jer.. buat cerita karut nk jatuh kan tski..
Post a Comment