MBSA nafi terima arahan tarik balik laporan polis
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan pihaknya
diarahkan menarik balik laporan polis berhubung kekasaran dilakukan
sepasang suami isteri terhadap anggota penguatkuasanya yang menjalankan
tugasan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad dalam satu kenyataan semalam mengesahkan perkara tersebut.
"Setakat ini, tiada makluman sedemikian yang dikeluarkan kepada MBSA,"katanya. Sebelum itu, tersebar kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp mengatakan
MBSA atas arahan kerajaan negeri, diminta mengarahkan anggota
penguatkuasanya menarik balik laporan polis yang dibuat dan sebagai
kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau
tindakan tatatertib dikenakan.
Kenyataan tersebar turut mendakwa insiden yang berlaku hanya salah
faham kerana pasangan tersebut menyangka pakaian seragam dipakai anggota
penguatkuasa adalah uniform sekolah, selain turut mengaitkan seorang
Exco Selangor Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram Dan Pembangunan
Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah akan mewakili pasangan itu serta
menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada anggota terlibat.
Menurut maklumat itu lagi, perkara itu akan diselesaikan secara dalaman
tanpa perlu campur tangan polis, malah MBSA juga akan menukar pakaian
seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang
rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman
Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai
kupon bayaran letak kereta.
[ARTIKEL BERKAITAN: Individu ganggu penguatkuasa MBSA didakwa pagi ini]
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan
membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral
selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.
Dalam perkembangan sama, Shahrin berkata, insiden kekasaran fizikal ke
atas anggota penguatkuasanya sudah dilaporkan kepada polis, malah sudah
dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.
"Perlakuan seperti itu ternyata mengganggu dan menghalang tugas-tugas seorang penjawat awam.
"Ia merupakan sebahagian daripada cabaran penjawat awam dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab, namun tidak akan melemahkan
komitmen dan semangat warga kerja MBSA," katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku menjadikan warga MBSA lebih
berdedikasi dan cekap dalam melaksanakan tugasan pada masa akan datang.
Katanya, MBSA akan sentiasa menjadi pihak berkuasa tempatan yang
mengamalkan dan berpegang teguh kepada konsep integriti, amanah, telus
serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap kepada orang
ramai.
"Kita ucapkan syabas kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana dapat
menyelesaikan isu ini dalam tempoh singkat, malah berterima kasih dengan
maklum balas positif yang diterima daripada masyarakat berhubung isu
ini," katanya.
Sementara itu, Hiah Wah ketika dihubungi semalam turut menafikan dakwaan membabitkan namanya dalam kes tersebut.
"Palsu!Satu lagi mesej palsu berunsur politik sedang disebar dalam
WhatsApp dan internet untuk sabotaj nama baik DAP dan kerajaan
Selangor," katanya.
“Kerajaan Selangor memandang serius tentang isu ini dan menegaskan
bahawa perlakuan kedua-dua pelaku tersebut mendatangkan impak besar
kepada penjawat-penjawat yang terpaksa menghadapi pelbagai rintangan di
balapan tugasan harian. Kita mengutuk perlakuan sebegini dan mengambil
pendirian tegas bagi menghadapkan sesiapa yang bersalah ke muka
pengadilan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri bersedia memberikan sokongan padu kepada MBSA untuk terus berkhidmat.
14 orang berkata:
dap backup cina berdua ni..Alhamdulillah Allah buat pas x kawan dap wat masa ni..kot kalo masih kawan dap boleh jadi je pas yg akan bangun backup mereka dulu berbanding parti lain seperti dulu2.. dengan bunyi2 backupnya yg menggunakan agama dan sangat memalukan keturunan bunyinya tu ..teresa kok panik menggelupor sebab gambar telanjang dia tersebar..xda masalah pas guna agama setle backup dia..dyana sofea calon dap x pakai tudung,xpe xda masalah,guna agama setle hehehehehehe..umno kawan mca x dia marah,xboleh..dia kawan dap xpe,guna agama setle..masa bn pegang selangor dia marah,suruh roboh kilang arak..bila dia ngan dap kawal selangor bersama2..xpe guna agama setle hehehehe
dia x tau perangai dia memalukan keturunan..
parti2 lain memang semua barua termasuk la umno..umno tu memang x dapat nafi la kan..tapi pentaksub2 pas lebih kene muhasabah diri..sebabnya parti2 lain dia tonggang terbalikkan dunia untuk raih/pertahan kuasa politik..memang salah la pun perkara ni dalam agama..tapi pas tonggang terbalikkan agama untuk raih/pertahan kuasa..lagi hebat..
umno memang dari kecik kita tau dia tonggang terbalikkan harta rakyat untuk raih pertahan kuasa..memang salah la ni dalam agama kan..tapi ko pulak dalam nak lawan dia tu ko tonggang terbalikan agama Allah untuk raih/pertahan kuasa..gila tol terbabas ko huhu...
sangat seni dan indah kan kisah tauladan dari perkara di atas?hehehe..
muhasabah la wahai pentaksub2 pas..
Semua Cina tu dap ke.. Isu parking pun nak main sentimen bangsa.
Kalau kes ni melayu yg buat nak label melayu apa? Umno, pkr, pas, bersatu, amanah, dap, dll.
Jgn mudah nak politikkan suatu isu k.
aik..ko lak melompat lak org sebut cina ni hehe..ko ni melayu barua,kalo ko melayu la..bukan.ke kita ni manusia fitrahnya gitu,kita manusia ni sama2 buat barang yg sama je..cina buat kita..kita marah..kalo kita buat dia..dia marah..bila kita buat dia..biar la dia marah nak wat camne,ini time dia wat kita..kita marah..biase la tu..kita manusia memang mcm tu..yg ko nelompat bila org sebut cina kenapa?hehehe..kalo kita buat dia,dua sebut gak melayu,kan kita sama2 manusia memang mcm tu..ko buat x tau sudah la kalo org marah jat cina bila dia salah..kalo esok pru ko nak pangkah dap 10x pun ko ingat aku kesah ke?hihihi..alahai geli tol aku tengok pentaksub2 barua politik ni sampai sebut cina pun x boleh..
terkenang lak perangai pas dulu bila sebut cina je dia melompat..sebiji mcm ko barua dia huhu
Fitnah tu memang makanan harian amnoos dan walaunta utk jatuhkan dap dan ph. Kalu tak fitnah badan rasa mcm nak demam.
Dah jadi darah daging....
JJ @ Jamal jamban bila nak masuk penjara? Kebal betul JJ kita tu
Hutang kereta mintak tangguh.
Ruu mintak tangguh.
Bila nak habis?
Dua tiga hari ni kita lupa pasal activiti lebai jual balak ngan tempat duduk org asli kat Uganda Timur.
Sebuk pasal ruu ngan Jamal jamban, lupa kejap pasal lebai sebat duit cikgu skolah agama kat Zimbabwe
Tak sedia lagi
Memandai2 tapi buat kerja x lengkap. Byk benda kena pinda dulu.
x kuat hujah korang backup cina..kalo pas ada dia pakai agama..lagi gempak dari korang..rugi korang x pujuk pas hehehe..
gambar telanjang cina dah tersebar pun dia bleh setle,cina x bagi tarik arak kat selangor.pun.dia bleh setle..semua guna agama..korang setle pakai hujah dunia semata..sape yg nak ikut..sebab tu demo bersih korang x berapa org melayu nak bagi sambutan..x meriah..ko pakai hujah dunia..ko tengok pas masa kawan ngan ko dlu..dapat pahala kata dia..berduyun2 lembu2 pegi..
korang yg bodoh x nampak kelebighan pas hehe
michael kors handbags
michael kors outlet
tiffany outlet
rolex replica
pittsburgh steelers jersey
new york jets jerseys
coach outlet online
broncos jerseys
christian louboutin shoes
michael kors handbags
Post a Comment