PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego'
yang besar.
"Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang
dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,"
katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno
2016.
Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan
Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan
pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
Najib yang juga Presiden Umno, berkata usaha Mahathir menjatuhkan
beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak
sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh
Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.
Sehubungan itu, Najib berkata, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain
daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno
presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu.
"Waktu Mahathir jadi Umno , orang yang sama duduk keliling dia hari ini
mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik 'tape-tape',
video lama mereka mengutuk Dr Mahathir lagi dahsyat.
"Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya
dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya,"
kata Najib.
Ketika diminta berkongsi rahsianya menghadapi pelbagai kecaman dengan
tenang, Najib berkata :"Saya dah faham dengan pemimpin seperti Mahathir,
kaedah dan mesej (yang beliau gunakan)".
Selain itu, Najib berkata sokongan padu daripada anggota parti selain
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau
terus bertahan.
"Saya lihat parti Pas pun tak bersama dengan dia. Dalam pembentangan
Bajet 2017, Pas tidak menyokong pembangkang (Pakatan Harapan) menolak
bajet," katanya. - Bernama
2 orang berkata:
Hahaha lagi tinggi ego lebai hadi kot. Dah la ego, bodoh sombong la pulak.
Raja walaunta tak super ego.
Dia super bodo & super kencing.
Super cilok dedak.
Post a Comment