Sosma: Tuntut Maria Chin dibebaskan segera
KUALA LUMPUR - Ratusan wanita mewakili individu, NGO dan parti politik
berhimpun di depan Parlimen hari ini bagi membantah penahanan Pengerusi
Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Wanita itu terdahulu berkumpul di Padang Merbok sebelum berarak ke luar Parlimen.
Wakil gerakan itu, Ivy Josiah berkata, rakyat berhak mendapat
penjelasan mengenai perbuatan Maria yang menyebabkan beliau ditahan di
bawah Sosma.
"Kami amat hairan dengan tindakan mengejut dan drastik diambil terhadap
Maria dan penganjur Bersih pada 18 November iaitu lebih awal sebelum
perhimpunan Bersih 5 berlangsung.
"Kenapa Sosma perlu disalah guna untuk menahan Maria sedangkan rakyat
telah berkumpul dengan aman," katanya kepada media, hari ini.
Beliau turut mendakwa Maria berada dalam keadaan 'terseksa' sepanjang ditahan
"Kami dimaklumkan Maria diletakkan berseorangan dalam sel tanpa
tingkap. Maria tidak diberikan katil, tilam dan bantal serta terpaksa
tidur di atas lantai simen.
"Semasa Maria dibawa ke tempat tahanan yang tidak diketahui, matanya
ditutup dengan kain. Kami percaya keadaan sebegini telah menyeksa
Maria," katanya.
Gerakan Wanita untuk Maria turut menyerahkan memorandum kepada Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai wakil
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memorandum tersebut mengandungi tiga tuntutan iaitu mendesak Maria
dibebaskan serta merta, mengembalikan semua harta benda milik Bersih 2.0
yang dirampas polis dan memansuhkan Sosma.
Shahidan ketika ditemui media berkata, kerajaan akan meneliti kandungan memorandum itu.
1 orang berkata:
michael kors handbags
michael kors outlet
tiffany outlet
rolex replica
pittsburgh steelers jersey
new york jets jerseys
coach outlet online
broncos jerseys
christian louboutin shoes
michael kors handbags
Post a Comment