Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASALAH ORANG ISLAM PERLU DISELESAIKAN OLEH UMAT ISLAM, ORANG KAFIR JANGAN MASUK CAMPUR CARI PASAL ?

RUU355: MCA tetap tidak setuju
RUU355
RUU355
 
MCA tetap tidak setuju usul RUU 355 dan mengarahkan semua wakil rakyatnya dalam parti itu mesti membantah usul yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, partinya akan menjelaskan pendirian itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Tiong Lai bersama beberapa pemimpin komponen BN kelmarin, turut dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengemukakan pandangan mereka mengenai usul pindaan RUU 355.

"Kami berpendapat, Abdul Hadi tidak seharusnya diberi peluang untuk membentang usul persendirian itu dan dibahaskan dalam Parlimen," kata beliau seperti yang dipetik dalam Sin Chew Jit Poh.

Selain MCA, Gerakan dan MIC turut menyatakan pendirian sama.

Menurut Tiong Lai, MCA tahu niat Abdul Hadi itu, iaitu untuk melaksanakan hukum hudud sebagai matlamat terakhirnya.

"Walaupun ketika ini Abdul Hadi cuma hendak meminda undang-undang Islam, tetapi MCA berpendapat sekiranya Abdul Hadi diberi peluang membawa usul ini, beliau tentunya akan berusaha ke arah memastikan hukum hudud dilaksanakan," katanya.

Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong berpendapat, MCA telah menghabiskan banyak masa untuk mengkaji kesan dan akibat yang akan berlaku mengenai pindaan RUU 355.

"Abdul Hadi memang menjelaskan usul ini bukan hukum hudud dan beliau mempunyai hak untuk memperkasa serta mengenakan hukuman yang lebih berat mengikut undang-undang Islam.

"Bagaimanapun, pindaan ini tidak boleh melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, semua rakyat mempunyai hak kesamarataan. Apabila seseorang melanggar undang-undang, dia tidak boleh dikenakan dua jenis hukuman yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), salah satu parti komponen BN sedia menyatakan sokongan ke atas usul pindaan RUU 355 sekiranya ia tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Presidennya, Tiong King Sing berkata, SPDP mempunyai empat ahli parlimen dalam Dewan Rakyat tidak akan menghalang usul itu daripada diluluskan sekiranya ia hanya berkaitan dengan kepentingan orang Islam sahaja.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Betul tu. Masalah org islam mesti diselesaikan oleh org islam.

TAPI, APA PASAL MINTAK TANGGUH PULAK? BAHAS LA SESAMA ORANG ISLAM. MP ISLAM BOLEH TUNGGU SAMPAI PUKUL 3 PAGI LAA...

KER HADI MEMANG TAK SEDIA??
MAKLUMLAH SIBUK DENGAN TAHNIK....

Surwanto said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL, KARNA DULU SAYA PERNA DI TIPU SAMA AKI-AKI YG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB... TETAPI SEKARANG AKU MULAI PERCAYA
KARENA KEMARIN KAKAK IPAR SAYA MENANG ANGKA 4D HONGKONG DAN ITU TEMBUS KATANYA DIA MINTA BANTUAN SAMA MBAH KASENG DAN SAYAPUN JUGA IKUT MENGHUBUNGI MBAH DAN MEMINTA 6D TOTO DAN SEMPAT SAYA TDK PERCAYA TERNYATA ANGKA YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA ITU TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH SAYA DAPAT RM.120.000,00/Rp360.000.000,00JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SEKARANG INI SAYA BARU TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU MBAH KASSENG
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG MBAH KASSENG DI NOMOR INI  -0853-4288-2547 - SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.