RUU 355 tidak seharusnya jadi isu polemik
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tegaskan
isu Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 ini tidak seharusnya
dipolemikkan.
Menurutnya, ia merupakan hak orang Islam yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.
"RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas seharusnya tidak menjadi isu
besar kerana kami mengikuti prosedur yang betul dan membawanya ke
Parlimen untuk dibahaskan.
"Lagipun ia berkait rapat dengan orang Islam oleh itu, orang ramai
harus melihatnya sebagai satu usul yang positif," katanya sewaktu sidang
media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.
Sebelum ini, usul pindaan Akta 355 ini telah dibawa ke Parlimen oleh
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui usul persendirian.
Tambahnya lagi, parti-parti di negara ini perlu mengubah persepsi mereka jika mahu negara yang lebih sejahtera.
"Tidak semestinya jika kerajaan yang bawa usul, ia baik dan jika pembangkang yang bawa usul ia tidak baik.
"Kita tidak perlu lihat siapa yang membawa usul ini tetapi lihat apa
isu yang dibawa, jika ia bagus, kita sokong, jika tidak bagus, kita
bantah. Barulah negara aman sejahtera," katanya lagi.
3 orang berkata:
la pas sendiri pun tolak ruu di dulu..meroyan ke?hehe
la pas sendiri pun tolak ruu di kedah dulu..meroyan ke?hehe
Klu baik kenapa belum bahas dah pinda 3 kali.
Post a Comment