Tentera Iraq masuk Mosul
BAGHDAD – IRAQ. Tentera Iraq kini memasuki bandar Mosul buat pertama
kali sejak operasi besar-besaran bermula 7 Oktober lalu, dalam usaha
mereka untuk memusnahkan kubu kuat kumpulan militan Daesh di Iraq.
Jurucakap Perkhidmatan Antikeganasan Iraq (CTS), Jeneral Wissam Araji
berkata, anggota CTS berjaya masuk ke timur bandar itu di kejiranan
Karama kelmarin dan kini sedang bertempur dengan Daesh.
"Mereka berjaya masuk ke Mosul dan sedang bertempur di Hay al-Karama dalam operasi yang kini masuk minggu ketiga," katanya.
Kemasukan ke bandar terbabit sekali gus menandakan satu peringkat
baharu dalam perjuangan Mosul, bandar kedua terbesar di Iraq dan
kononnya diisytiharkan sebagai ibu pejabat Daesh di negara Arab.
Sementara itu, Ketua Organisasi Badr, Hadi al-Amiri memberitahu,
pertarungan Mosul adalah sesuatu yang serius dan pihaknya telah membuat
persediaan untuk peperangan meskipun ia berlangsung selama beberapa
bulan lapor Press TV.
1 orang berkata:
kalo x salah daesh ni pun suku sakat khawarij gak kan?dia perasan dia lebih baik dari muslim2 lain kan?
Post a Comment