Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB DAH MARAH, CER KO RANG JAWAB PANDANGAN NAJIB NI KALO KO RANG HEBAT


Dakwa Malaysia akan bankrap hanya serangan politik
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik.

Menurutnya rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

"Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta... kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan.

"Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, semalam.

Najib yang baru-baru ini pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau ada bertemu dengan wakil agensi penarafan seperti Moody's dan juga Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde ketika di Lima, Peru.

"Kalaulah kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody's, wakilnya di situ akan beritahu mereka melihat keadaan ini memang akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak melakukan sesuatu.  

"Lagarde (juga) tidak membayangkan bahawa kita dalam keadaan krisis," kata beliau.

Pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di Peru minggu lalu, IMF menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah di luar kawalan.

Lagarde menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu pengapungan mata wang sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan.

Najib turut berkongsi perbualannya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump semalam (27 Nov) yang menyifatkan Malaysia mempunyai ekonomi yang baik berikutan perkembangan ekonomi negara yang berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Ketika ditanya sama ada prestasi ekonomi tidak menentu tahun depan dan selanjutnya akan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan mempengaruhi sentimen politik rakyat, Najib berkata apa yang berlaku pada ekonomi global adalah di luar kawalan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan telah melakukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global selama ini.

"Saya percaya rakyat akan faham bahawa hari ini apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat dan kita merupakan pihak yang boleh memenuhi harapan rakyat berbanding dengan alternatif yang ada," katanya.

Atas dasar itu, beliau berkata Barisan Nasional pernah memenangi pilihan raya pada zaman kemelesetan ekonomi serta menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lalu walaupun sesetengah pihak meramal akan kalah berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Selain itu, BN juga menang besar pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak," katanya.

Najib dalam pada itu berkata subsidi kerajaan juga dikekalkan antaranya untuk kesihatan dan pendidikan bagi menangani kos sara hidup rakyat. - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

najib ni ialah manusia paling x berguna kat mata pas..kalo mulia dan suci kat mata pas mcm dap tu sedap gak komen..dah x guna nak komen pe g..

Anonymous said...

Musim hujan yg sejuk ni, sesuai benar dipercepatkan persetubuhan janda pas dgn hartawan ammo.

Anonymous said...

pas janda masih teragak2 nak nikah ngan umno..pas janda acah2 je belum vuat keputusan muktamad,sebab dia masih berharap yg dap duda dia tu pujuk dia balik..tapi duda dia tu wat x tau sampai skrg hehe

Unknown said...

oakley sunglasses sale
browns jerseys
bengals jersey
christian louboutin shoes
burberry canada
oklahoma city thunder jerseys
pandora jewellery
michael kors
reebok outlet
toms outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.