Jangan jadikan budaya barat acuan masa depan
KUALA LUMPUR - Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya
tidak mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya Barat untuk dijadikan
acuan dalam mencorakkan masa depan negara, kata Timbalan Perdana
Menteri.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun sesuatu perkara itu
dianggap baik di Barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di
negara ini.
"Mungkin ada yang boleh kita pinjam untuk pakai dalam sistem kita,
tetapi untuk memaksa sistem luar seratus peratus dijadikan acuan negara,
mungkin tidak sesuai.
"Wajah dan rupa negara bukan boleh dicorak orang luar, kita yang perlu
berikan wajah sebenar. Kita tidak izinkan orang lain untuk
mencorakkannya, hanya kita sahaja yang boleh mencorakkan masa depan
negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepimpinan
Mahasiswa Nasional (Pemanas) 4.0 sempena Perhimpunan Agung Umno, di
sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas
timbalan presiden berkata golongan mahasiswa dalam dan luar negara perlu
sentiasa berwaspada dengan aspek negatif dari barat yang mengenepikan
hukum agama, nilai ketimuran serta mampu merosakkan institusi sosial.
Beliau berkata ini kerana ada yang cenderung menjadikan nilai-nilai
negatif sebagai acuan di negara ini kerana menganggap nilai ketimuran
merupakan sesuatu yang jumud atau konvensional.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pandangan berbeza yang diutarakan
generasi muda perlu diambil kira kerana golongan itu berada di garisan
hadapan masyarakat dan dekat dengan denyut nadi rakyat.
Mengulas mengenai Pemanas, beliau berkata persidangan itu yang memasuki
tahun keempat penganjurannya merupakan platform terbaik di luar suasana
akademik di kampus yang boleh digunakan untuk generasi muda melontar
pandangan dan mengupas isu semasa. –Bernama
6 orang berkata:
semua parti ada dasar2 masing2..bila saja setiap parti terjun dalam sistem politik demokrasi bersama dasar2 masing2 tu,maka bermulalah dasar2 masing2 tu kena patuh dan berhukum dengan dasar sistem politik demokrasi..semua parti kene patuh dan berhukum dengan 1 hukum yg sama..kat situ dah jadi sama je 2x5 ko ngan mereka..kalo dasar parti pkr dan umno kene patuh kat 1 hukum sedia ada kat dalam sistem politik demokrasi tu..maka dasar parti ko pun kene patuh juga,sebab ko dah bawa dasar ko terjun ke hukum tu ..jadi dah xda beza pun parti ko pkr dan umno..dasar yg ko lagu2kan tu hanya sesuatu kezahiran yg nampak cantik untuk ko kelirukan budak2 beringus je..
beza dia pkr dan umno pilih dasar yg buat mereka x terbabas jauh kedalam jurang..sebab mereka tahu apa saja dasar2 yg mereka pilih itu akan kena berhukum dengan hukum sistem politik demokrasi itu sendiri..ko yg telah terbabas jauh ke dalam jurang..
nampak?org yg rupa2 kelihatan bodoh tu pun rupa2nya ada batas permainan dalam hidup mereka..bukan pasal mereka x tau langsung ape yg ko tau,sebab mereka takut jadi manusia yg melampaui batas,ebab tu mereka x pilih dasar seperti yg ko pilih..ko yg sangat2 berani bawa dasar agama berhukum dengan 1 hukum yg lain..hehehe..akhirnya memang terbukti tindak tanduk ko lah yg paling memalukan keturunan berbanding mereka..
sangat seni dan indah kan kisah tauladan ni..
Dasar parti politik cilok duit cikgu yik dan jual balak hutan simpan dgn alasan tanam pokok durian kunyit adalah dasar baru terkini yg diguna pakai oleh para lebai penghukum. Dasar ini diperkenalkan oleh tuan guru mugabe alias raja segala walaunta di zimbabwe timur.
Nak tanya ni....
Kalau pakai duit cikgu yik 14 juta, jual balak hutan simpan, terima dedak, terima royalti projek, jual tanah kejaan negeri berlipat2 mahalnya, adakah hukuman termasuk dalam kategori 30 tahun penjara, denda 100 ribu dan 100 sebatan???
kan dia bleh setle guna agama mcm biase barang2 mcm ni..ada hal lg besar dr ni pun dia bleh setle tutup kes..ko x ingat dia cita2kan negara islam dari sejak ko belum lahir lagi pun dia bleh kata rupa2nya negara islam xda dalam quran pasal dia nak cun kan langkah politik dia dengan dap..
ini hal kecik je la..ko x payah sebut pun xpe hal kecik sangat tu..hehe
dia main quran terus utk politik tu..
gila ko..xda org yg paling berani dalam dunia ni selain kelompok mcm ni..jgn la wat gile ngan dorang..
Post a Comment