Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG LAIN NAMPAK APA YANG HADI TAK NAMPAK ?

ADAKAH TANGGUH ITU MENANDAKAN SUATU KELEMAHAN  ATAU TIDAK BERSEDIA ? SEDANGKAN PERKARA RUU INI BUKAN SUATU YANG BARU, ATAU ADAKAH IANYA SUATU MAINAN POLITIK ?. KETIDAK MAMPUAN RUU INI ATAU KETIDAK KEMASNYA RUU INI MENYEBABKAN HADI MEMOHON TANGGUHAN ?

RASANYA JIKA SESUATU ITU DIANGGAP PENTING UNTUK UMAT ISLAM MAKA KELIHATAN PEMBENTANG  USUL INI  KELIHATAN LEMAH, ATAU ADA PERMOHONAN DISEBALIK TABIR DARI ORANG BUKAN ISLAM KERANA ADA URA-URA MEREKA AKAN SOKONG JIKA MEREKA MEMAHAMI RUU TERSEBUT. SEKALIPUN IA TIDAK TERTAKLUK KEPADA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

JIKA KITA TELITI RUU DAN ORANG YANG BUAT PEMBENTANGAN INI SEOLAH-OLAH ADA YANG DIRAHSIAKAN KEPADA ORANG RAMAI, APA YANG TAK KENA ????? - Pak Karamu


 
'Tangguh bukan sebab bantahan bukan Islam'
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR - Penangguhan huraian pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang tiada kaitan dengan bantahan orang bukan Islam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebaliknya ia bagi memberikan peluang terutama kepada ahli parlimen untuk lebih memahami pindaan itu.

"Kalau kita lihat dalam dewan, tiada ahli parlimen bukan Islam yang menentang. Saya terkejut walaupun digembar-gemburkan kepimpinan parti politik bukan Islam menentang pindaan RUU ini, tetapi hari ini (semalam) Presiden MCA, Presiden Gerakan ada.

"Saya tabik sebab mereka gunakan saluran demokrasi untuk benarkan bentang dulu. Kalau nak bantah, buat masa perbahasan," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai permohonan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar huraian pindaan RUU 355 dibuat sesi akan datang.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Abdul Hadi akan memberi huraian lengkap dalam sidang Mac ini mengenai justifikasi dan asas pindaan tersebut.

"Kalau buat (bahas) hari ini (semalam), nanti kita dikatakan tidak beri peluang untuk kaji pula. Ini pindaan pertama dan kita baru masukkan (pindaan) hari ini.

"Kalau kita dah letakkan pindaan awal-awal mungkin tiada masalah (untuk faham)," katanya.
Ditanya mengenai cadangan agar jawatankuasa pemilihan ditubuhkan, Takiyuddin berkata, ia hanya dibolehkan selepas bacaan pertama.

"Jika kerajaan nak buat jawatankuasa, kita setuju. Tetapi buat masa ini tak boleh buat sebab tarafnya hanya usul persendirian.

"Jadi kita tunggulah lepas bacaan pertama, kita akan gesa kerajaan untuk buat jawatankuasa," katanya.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Tangguh mungkin tak bersedia.
Kalau dibahas tak dpt beri jawapan meyakinkan.
Kalau dah cukup bersedia, dalam apa juga keadaan kita tak akan undur walaupun setapak.

Anonymous said...

Tahun depan bentang hari terakhit lagi. Mintak tangguh lagi. Bila nak naikkan martabat mahkamah syariah?

Anonymous said...

Jangan ambil peluang penangguhan ini untuk menghentam pembangkang dan mengkafirkan orang lain pulak yer....

Anonymous said...

Kenapa tangguh pulak? Peluang keemasan tak datang dua kali. Kan boleh bahas dan buat undian sampai awal pagi esok? Dulu bajet pun pernah bahas dan undi sampai awal pagi. Kenapa ruu 355 tak nak buat mcm tu?

Anonymous said...

Kalau lepas pru 14, semua mp pas kalah, kelantan pun kalah, hadi pun kalah....sapa pulak yg nak bentang?? Nak tunggu najib bentang??

Bodoh buat permohonan penangguhan
BN suka benor. Pucuk dicita, ulam mendatang.

Anonymous said...

Pung pang pung pang habuk pun tarakkk... Perangai lebai.

Anonymous said...

Takut kena soal x dpt jawab kot?

Anonymous said...

Tak mampu nak bahas kot...yg bijak2 bahas dah cabut masuk amanah. Yg tinggal cuma .....

Anonymous said...

Ruu ni isu naik kan denda dgn naik kan tahun penjara ke?
Ada tak aspek lain yg lebih gah...yg cuba dimartabatkan?
Kurang jelas dan kurang faham.
Minta pakkaramu deal dgn hadi utk poskan detail RUU yang cuba dimartabatkan. Itu lebih baik dari nak salahkan/menuduh mereka2 yg tidak faham.
Kenapa bacaan ditangguhkan? Mungkin ini mainan umngok utk lanjutkan sehingga PRU14 supaya kita tertipu kononnya mesra pas dan Islam.
Terima kasih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.