DI NEGARA MALAYSIA RAMAI PENGARUH YAHUDI DAN NASRANI, MEREKA BERSEPAH DI BUMI INI, KADANGKALA MEREKA BERKOPIAH DAN BERGAMIS MACAM UMAT ISLAM, TAPI MEREKA ADALAH TALI BARUT MANUSIA YANG DILAKNAT OLEH ALLAH - Pak Karamu
Nafi Timbalan Presiden Pas letak jawatan
KUANTAN - “Ini berita palsu," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Pahang,
Rosli Abdul Jabbar ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Timbalan
Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal keluar daripada parti
itu berikutan isu dana RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tinggi parti
tersebut.
Menurutnya, dakwaan sedemikian adalah untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Tuan Ibrahim.
“Bagi saya, ini adalah pembohongan semata-mata dan ia sangat tidak
masuk akal. Kami baru sahaja bersama dalam retreat Pas Pusat dalam
merangka strategi PRU14. Jadi hentikan sebar berita palsu seperti ini,”
katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, Pas menerusi Tuan Ibrahim berulang kali menafikan penerimaan wang tersebut.
Pada 6 Ogos lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu Pas agar menjauhi
gabungan pembangkang, dengan menyatakan RM90 juta dialirkan kepada
pemimpin tertinggi parti itu selama beberapa bulan bagi tujuan tersebut.
Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire
Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada
konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.
Bagaimanapun, pada 8 Ogos lalu, Tuan Ibrahim mahu mengambil tindakan
undang-undang terhadap Sarawak Report kerana mendakwa berita itu palsu
dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.
“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini, selain hendak mengaitkan Pas dengan Umno.
“Apa pun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan
tersebut yang jelas mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik parti
serta dasar Islam yang sememangnya menjadi teras kepada perjuangan
Pas,” katanya.
3 orang berkata:
Pemimpin ikut telunjuk umno.... Ambil dasar berkecuali dlm parlimen... Keperitan kehidupan rakyat tak dipedulikan... Sampah.... Ini fakta bukan fitnah
APCO Yahudi dibayar Najib si ketua penyamun utk menyahudikan Msia. Pemimpin2 Pas parti jual agama nak bekerjasama pulak dgn Umno parti penyamun negara. Elok sgt lah tu peralatkan Islam..
politik sistem demokrasi tu ialah sistem yahudi la tu..sebab tu pembawakan semua parti nak xnak akhirnya mcm perangai yahudi gak la walaupun dia kompang dia maksum.. sampai sanggup bukan takat jual tipudaya2,bahkan jual bangsa..bahkan ada yg jual agama demi nak raih undi..ini terbabas yg paling jauh,di dalam merasa diri sendiri benar..
sebab tu semua parti sama je barua..so jgn letak tahap keseriusan yg sgt2 mendalam kat sistem ni mcm dh xda kerja lain nak buat..hehehehe
pilihanraya tu lempar dadu je pun xpe nak pangkah mana..
Post a Comment