Tak perlu jawatan kuasa pemilihan
SHAH ALAM - Jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada ahli parlimen
Islam dan bukan Islam daripada pihak kerajaan dan pembangkang tidak
perlu diwujudkan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid berkata, pindaan RUU 355 itu
hanya untuk membolehkan Dun membuat undang-undang itu tidak ada kena
mengena dengan pembahagian bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah
syariah.
Menurut beliau, pindaan akan melibatkan kesalahan-kesalahan dalam
bidang kuasa mahkamah syariah, sementara bidang kuasa mahkamah sivil
tidak tersentuh langsung.
"Soal pembahagian bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah itu tidak
berbangkit langsung. Mengapa pembahagian bidang kuasa kedua-dua mahkamah
itu hendak ‘diperhaluskan’.
“Mengenai kebimbangan orang bukan Islam, ini juga tidak berasas. Jika
pindaan itu diluluskan dan selepas itu Dun membuat undang-undang dan ia
hanya melibatkan orang Islam. Apa yang orang bukan Islam hendak
bimbang?,” soalnya, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi bahawa jawatankuasa pemilihan itu diharap dapat
memperhalusi semua aspek yang menjadi kebimbangan kepada ahli parlimen
bukan Islam sama ada dalam BN atau pembangkang agar kedua-dua pihak
dapat berbahas dan berbincang.
Tun Abdul Hamid berkata, antara sebab jawatankuasa pemilihan tidak
perlu diwujudkan ialah perlembagaan negara digubal hakim-hakim
berpengalaman dari empat buah negara.
“Mereka cukup faham pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri dan
menggubal bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah sesuai dengannya.
"Misalnya, undang-undang jenayah dan kesalahan-kesalahan ‘suruhan
agama Islam’ dan kuasa mengeluarkan ‘surat kuasa mentadbir’ dan probet
(probate) oleh mahkamah sivil dan kuasa menentukan undang-undang Islam
(hukum syarak) dalam pembahagian pusaka,” katanya.
Tegasnya, yang menyebabkan masalah ialah kerana salah faham, tidak
faham mengenainya atau sengaja mahu mengambil alih bidang kuasa Mahkamah
Persekutuan dan mahkamah sivil.
“Saya harap Ahmad Zahid tidak teruskan cadangannya itu. Beliau boleh
hubungi saya untuk mendapat nasihat undang-undang percuma dalam hal
ini.
“Kerajaan dan Parlimen sepatutnya menumpukan perhatian kepada cadangan
yang saya buat 20 tahun lalu untuk mengatasi masalah bidang kuasa yang
berbangkit terdiri dari tiga perkara.
Pertama salah satu pihak dalam kes
mal terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah orang bukan
Islam ,kedua dalam sesuatu kes di mahkamah Sivil di mana terdapat isu
Hukum Syarak dan ketiga dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah di mana
terdapat isu undang-undang sivil,” jelasnya.
5 orang berkata:
Pandangan songsang memang digemari oleh para walaunta.
Tujuan bukan untuk agama sangat pun tapi untuk nama dan permainan politik. Dgn perkataan lebih mudah, menjual agama untuk politik.
Dulu masa belum ada internet, lebai2 senang jual agama dengan membuat pelbagai amanat songsang. Tapi skrg sejak ada lebai google, tak dapat dah lebai2 ni nak kencing merata2.
Batu rasa nak mengencing aje orang dah bole tangkap.
Byk masuk saham ekor yer tuan...
Makin ligat nampak
burberry outlet
michael kors canada
nike roshe
ugg outlet
michael kors handbags
true religion outlet
ray ban sunglasses
tory burch outlet
michael kors outlet clearance
toms shoes
20170106lck
nike free run
polo outlet
omega watches
pandora outlet
michael kors outlet
los angeles lakers jerseys
michael kors handbags
coach outlet online
ray ban sunglasses
christian louboutin sale
20170114lck
Post a Comment