Jangan cabar hak umat Islam, kata Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu semua
pihak menghormati dan tidak mencabar hak umat Islam di negara ini
seperti tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian
untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 olehnya
di Dewan Rakyat semalam hanya tertakluk kepada umat Islam di negara ini
dan tidak melibatkan penganut agama lain.
Malah katanya, usul berkenaan telah mendapat persetujuan antara Pas,
Umno serta sokongan badan-badan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Peguam
Negara dan Badan Kehakiman negara.
"Dalam perlembagaan sudah tertakluk bahawa umat Islam dan mereka bukan
beragama Ialam di negara ini bebas mengamalkan ajaran agama
masing-masing.
"Tapi malangnya ia (usul) mendapat tentangan daripada beberapa pihak
yang mempunyai kepentingan politik dan kita tahu mereka ini tidak
mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini... kita harap isu ini
tidak berlarutan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian
beberapa parti komponen BN yang membantah pembentangan RUU 355 di Dewan
Rakyat.
Ketika diminta mengulas permohonannya untuk membuat huraian berhubung
cadangan pindaan itu pada persidangan dewan akan datang, Abdul Hadi
berkata beliau berbuat demikian bagi memastikan semua pihak jelas
mengenai RUU itu.
Anggota Parlimen Marang itu berkata RUU itu perlu dihuraikan dengan
lebih teliti pada semua pihak supaya tidak timbul kekeliruan dan polemik
dalam kalangan pelbagai pihak.
"Tidak betul jika ada pihak mendakwa saya sengaja melengahkan
pembentangan usul itu. Saya mahu beri peluang dan ruang untuk
penambahbaikan dan semua pihak memahami usul itu dengan cara yang betul,
kita tak nak gopoh-gopoh.
"Pihak yang mendakwa saya sengaja melengahkan... mereka ini hanya
utamakan kepentingan politik daripada kepentingan agama," tegasnya. -
Bernama
1 orang berkata:
Lu sapa?
Lu buat hal lu mau suruh org suara.
Lu raja mana?
Ikut saluran la dol
Post a Comment