Terima kasih kerajaan persekutuan
KOTA BHARU - Pas berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana
memberi laluan kepada parti itu membentangkan Rang Undang-Undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) di Dewan
Rakyat esok.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya
dalam masa sama turut menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa
mengira fahaman politik agar menyokong usul berkenaan.
“Terima kasih kepada kerajaan persekutuan jika usul ini benar-benar diberi (dibentangkan) laluan esok.
[ARTIKEL BERKAITAN: RUU355: Tubuh segera Jawatankuasa Pemilihan Parlimen]
“Kita tak jangka apa-apa (tentangan DAP), kerana yang penting kita
boleh bentang, masalah sebelum ini untuk mendapatkan ruang pembentangan,
sekarang kita sudah diberi ruang, jadi terserahlah, dalam Parlimen
bebas, bahas boleh, bangkang pun boleh,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, bagaimanapun apa yang diharapkan
tidak ada penentangan dari mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen bukan
Islam.
“Undang-undang ini hanya melibatkan masyarakat dan orang Islam, tak ada
asas untuk menentang, lagipun ia bukan kali pertama, sebelum ini pun
sudah ada pindaan, tapi ketika itu tak ada wakil rakyat bukan Islam yang
menentang,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga telah membuat persediaan sebaiknya bagi
memastikan usul persendirian yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen
Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjalan lancar.
Usul rang undang-undang persendirian itu dijangka dibentang untuk
bacaan kali kedua sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat esok.
5 orang berkata:
kat kedah dlu pas x sokong ruu kat sana xda pulak ko nak intai tengok2 kan..esok pulak ko nak intai tengok2kan muslim lain yg x sokong ruu..sebagai mana ko ada alasan ketika tu,begitu juga kemungkinan org lain pun ada alasan..
tu la bila aku cakap org politik ni semua barua, x percaya..
bila dia buat sesuatu dengan sesuatu alasan..itu halal..tapi org lain xleh buat mcm dia hehe..
ape jenis la manusia mcm ni..
Sokong dlm hati je
Tak payah angkat tangan.
Pas pom buat cam tu dulu kan kan kan
Harap ni tau tak...main nombor...
Harap ni tau tak...main nombor...
Haram ni tau tak...main nombor...
Post a Comment