Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SHHHHH, EKAU NGATO MAHADHIR KO, DONGA PAK RAIS YATIM NANTI DIBELASAHNYO EKAU

Tun M amal seni politik 'sapu sahaja, janji boleh'
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh politik yang mengamalkan seni politik 'sapu sahaja - janji boleh' dan tiada setiakawan.

Katanya, bekas perdana menteri itu mengamalkan seni politik seperti tokoh politik Itali Niccolo Machiavelli yang tiada pegangan nilai atau makna.

"Yang bertopengkan rakyat tetapi bermatlamatkan kuasa," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya Dr Mahathir ketika ini mempunyai pendirian yang cukup berbeza berbanding ketika beliau masih berjawatan.

"Jangan kita lupa, jangan kita biar rakyat lupa bahawa perjuangan yang kononnya mulia oleh bekas pemimpin kita ini sebenarnya sebuah wayang dan muslihat.

"Sebuah hipokrasi mengejar takhta, membina legasi dan empayar," katanya. Pada perhimpunan yang dihadiri 990 perwakilan itu, Khairy turut menayangkan beberapa klip video yang menunjukkan perbezaan pendirian Dr Mahathir ketika berjawatan berbanding sekarang, antaranya hubungan Dr Mahathir dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendiriannya terhadap perhimpunan jalanan.

Beliau turut menyampaikan sebuah puisi mengenai 'Melayu Mudah Lupa' yang ditujukan kepada Dr Mahathir.

Beliau berkata jasa Dr Mahathir akan sentiasa dikenang Pemuda Umno namun  pengkhianatan dan pembelotan beliau akan ditentang bermati-matian.

Khairy turut menyelar perhimpunan Bersih 5.0 yang katanya bukti paling jelas menunjukkan betapa himpunan itu sekadar kemaruk kuasa sehingga menerima kehadiran Dr Mahathir yang dahulunya melarang sebarang perhimpunan jalanan sewaktu beliau berkuasa.

"Bagi Dr Mahathir, gerakan jalanan yang satu ketika dahulu beliau musnahkan dengan tindakan FRU, ISA dan kuku besi, hari ini disokong dan disanjung sebagai suara rakyat yang sebenar.

“Kesanggupan mereka ini berpusing 180 darjah dan membuat pusingan U pastinya bukan kerana prinsip, tetapi kerana mahu kuasa hingga matlamat itu menghalalkan segalanya," kata beliau. –Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Antara setiakawan dgn menghalang dedak mana lebih penting?

Anonymous said...

Dulu pas mengata umno pun macam2 jugak. Tapi skarang dah berubah, sanggup berpeluk pulak tu. Pas pun amal politik sapu jugak.

Lagi teruk...balak pun dia sapu.

Anonymous said...

Hok aloh.....duit sukan hilang ratus juta dia buat dekkk jer... pen drive hari tu apa cerrr...sonyap yoo

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.