Bersih, Baju Merah tak boleh adakan perhimpunan
KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan Bersih 5 dan kumpulan Baju Merah
tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan, dan berdepan tindakan
undang-undang jika berbuat demikian.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
keputusan itu diambil kerana kerajaan tidak mahu berlaku pertembungan
antara kedua-dua kumpulan berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tempat perhimpunan
yang dipohon penganjur Bersih atau kumpulan Baju Kuning, termasuk dalam
senarai lokasi yang tidak diizinkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012
walaupun notis mengadakan perhimpunan dipohon 10 hari sebelum acara
berlangsung.
"Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk
Seri Mhd Amin Nordin (Abdul Aziz), DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
tidak mengizinkan ia digunakan kerana tidak digazetkan dalam Akta
Perhimpunan Aman.
"Oleh yang demikian, Polis Diraja Malaysia memutuskan keputusan DBKL
itu harus dipatuhi dan saya nasihatkan kedua-dua kumpulan ini jangan
buat sebarang perhimpunan sebagaimana yang telah saya nyatakan di Dewan
Rakyat hari ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Perhimpunan kumpulan Baju Merah dirancang Sabtu ini di Dataran Merdeka manakala perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017
peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada persidangan Dewan Rakyat,
Ahmad Zahid berkata KDN tidak tidak mempunyai apa-apa hubungan atau
menjanjikan sebarang perlindungan dengan mana-mana kumpulan baik Bersih
atau Baju Merah.
Beliau menegaskan polis akan bertindak tegas terhadap kedua-dua
kumpulan itu atas sebarang ketidakpatuhan undang-undang atau prosedur
yang ditetapkan.
"Yang Berhormat Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin) dan Yang
Berhormat Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh) ada bertanya kepada saya sama
ada KDN ada hubungan dengan kumpulan Baju Merah dan meminta jaminan
adakah kumpulan Baju Merah akan menghentikan aktiviti (perhimpunan)
mereka jika Bersih juga berbuat demikian.
"Di sini saya ingin tegaskan bahawa KDN tiada apa-apa hubungan,
perlindungan atau sebarang janji dengan mana-mana kumpulan sama ada
Bersih atau kumpulan Baju Merah," katanya.
Ahmad Zahid berkata sehingga Oktober lalu, 175 laporan polis telah
diterima dari seluruh negara berhubung penganjuran Bersih 5.0.
Berdasarkan laporan polis berkenaan, beliau berkata siasatan dibuat
berdasarkan kesalahan di bawah Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman atau
undang-undang lain.
Ahmad Zahid berkata beberapa laporan lagi diterima mengenai ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.
"Saya ingin menyatakan bahawa jika tidak ada kuning pasti tidak ada
merah, jika tidak ada Maria Chin (pengerusi Bersih 2.0) pasti tidak ada
Jamal Yunos.
"Jadi saya minta semua pihak merah atau kuning mencari platform terbaik
untuk mencari penyelesaian berbanding mengadakan perhimpunan," katanya.
Dalam isu Bersih dan Baju Merah, beliau berkata KDN menggesa semua
pihak menjunjung kedaulatan undang-undang seperti termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa
ketika ini.
"Kita tidak seharusnya bersandarkan dasar memperjuangkan sesuatu demi
kepentingan negara atau untuk menegakkan keadilan, tetapi dalam masa
yang sama kita sendiri mengingkari dan membelakangkan undang-undang yang
digubal oleh Parlimen," katanya. - Bernama
1 orang berkata:
Babi punya walaunta. Minyak naik 15 sen pun nak bising. Pi guna air la kat keta velfire, bmw, alpat, ranjer ngan vw ko tu.
Beli rokok berkotak2 tak bising pulak. Cilake punya walaunta barua ni
Post a Comment