Pas nafi bincang kerusi PRU dengan Umno
PARIT BUNTAR - Pas Perak menafikan berlakunya sebarang usaha
perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya dengan Umno di mana-mana
kawasan sebagaimana tersebar dalam aplikasi sosial media sejak seminggu
lalu.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebelum ini, kepimpinan
Pas kawasan Parit Buntar mengesan penyebaran fitnah berlaku perbincangan
pembahagian kerusi pilihanraya antara kepimpinan Pas kawasan itu dan
Umno bahagian Parit Buntar dalam kalangan ahli Pas.
Menurutnya, penyebaran fitnah itu turut mendakwa kononnya Pas kawasan
Parit Buntar bersetuju bekerjasama dengan Umno bahagian Parit Buntar
dengan memberi laluan Umno bertanding kerusi Parlimen, manakala dua
kerusi Dun ditandingi parti Pas.
Razman turut menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui
aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab pada sidang
media di Parit Buntar malam tadi.
4 orang berkata:
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata. Pas penuh dgn lebai2 kaki lebong. Cakap tak serupa bikin terutamanya ketua lebai.
Tak fitnah bukan pan
Hampeh ...
Pitnah misti walaunta
Nak bincang ker, tak nak bincang ker itu parti ko punya pasal. Nak mampoooos pun ko punya pasal
Post a Comment