Penunggang motosikal tertimbus syukur selamat
HULU SELANGOR - Penunggang motosikal yang tertimbus dalam kejadian
tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini pagi tadi bersyukur
kerana segera diselamatkan penduduk setempat.
Muhammad Fareez Hanudin, 21, tertimbus sehingga paras dada menyebabkan
beliau tidak dapat bergerak dan sukar bernafas dalam kejadian 1 pagi
itu.
Beliau berkata ketika itu beliau sedang menunggang motosikal untuk
pulang ke rumah di taman tersebut selepas selesai bekerja di sebuah
gimnasium di pekan itu.
Kejadian berlaku terlalu cepat apabila beliau tiba-tiba terjatuh dan ditimbusi tanah.
"Keadaannya agak gelap berbanding biasa. Tiba-tiba saya terjatuh dan
saya nampak beberapa kereta yang diletakkan di kawasan tepi jalan turut
terjatuh ke dalam lubang seluas padang bola yang terbentuk di lereng
bukit itu.
"Tanah berterusan bergerak dan ada yang menimpa muka. Saya hanya mampu
berdoa dan berharap ada orang datang untuk menyelamatkan saya," ujarnya
yang merupakan satu-satunya mangsa yang cedera dalam insiden berkenaan.
Anak keempat dari lapan beradik itu berkata beliau diselamatkan oleh
beberapa penduduk kampung yang menariknya keluar sebelum sempat beliau
tertimbus sepenuhnya.
Muhammad Fareez cedera di tangan dan kaki dan dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
"Saya dibenarkan keluar hospital tengah hari tadi. Syukur saya hanya
cedera ringan. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk
yang membantu menarik saya keluar dengan segera. Kalau lambat, mungkin
saya sudah ditimbusi sepenuhnya," katanya yang masih terkejut dengan
kejadian itu.
Sementara itu seorang penduduk, Mohd Ramlan Mat Amin, 51, berkata
sepanjang 24 tahun kawasan perumahan itu dibuka, hanya beberapa kali
banjir kecil berlaku namun ia tidak menjejaskan tempat tinggal penduduk.
"Sebelum ini, saya menyedari ada beberapa retakan di belakang rumah
saya dan lubang terbentuk di situ. Apabila ditimbus dengan tanah, lubang
itu terbentuk semula. Saya tidak sangka ia merupakan petanda tanah
runtuh bakal berlaku," katanya.
Menurut beliau, kejadian hari ini adalah paling teruk berlaku sehingga
menjejaskan beberapa buah kampung kerana lokasi kejadian merupakan
laluan utama.
Pihak polis telah mengisytiharkan kawasan tanah runtuh itu sebagai kawasan larangan Zon Merah.
Sehubungan itu, seramai 340 penduduk telah diarahkan berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah. – Bernama
4 orang berkata:
Pru 14 esok parti cai walauntas akan tertimbus dan terus mampooos
Tengok gaya pas di Selangor dah masuk zon merah.
Pas kita reject. Parti sekongkol dap iaitu ph pan kita reject. Jamal jamban kita reject. Najib kita reject. Kita undi BN dlm Pru 14. Kita pilih calon BN yg molek2 aje
Pasal ruu 355:
Rasanya tak sempat terus kot hj hadi nak bentang dan bahas. Sbb tengok gaya hj hadi mcm dah tak bole nak masuk parlimen. Sbb tengok gaya hj hadi mungkin tak bole menang 3 penjuru pru 14.
Klu abduh kalah, mp2 pas yg ada pun kalah, mcm mna nak bentang? Habis mcm tu aje la. Itu yg melayu, islam ni risau klu tangguh2. Tapi ye la, kita bg nasihat, kita tegur, kita pulak dikata syaitan sbb tegur. Tak kan tegur pun derang bagi gelaran syaitan....
Nak harap amnoo bentang ruu?
Hishhhh...
Post a Comment