Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK ADA ERTI BERJUANG JIKA PAS TERUS MAHU DIPERKUDA

KENYATAAN YANG SANGAT BODOH, JIKA ADA YANG MENGATAKAN BAHAWA "JIKA MAHU SATU LAWAN SATU MAKA PAS KENA SERTAI BERSIH 5 ? SEPANJANG BERSIH DIADAKAN BELUM NAMPAK HASIL YANG BERKESAN, MALAH KERJA BERSIH ADALAH KERJA MEMBAZIR DAN BODOH, KECUALI IA DILAKUKAN BERTERUSAN HINGGA BERJAYA.
 
CABARAN AMANAH PERAK ADALAH CABARAN YANG BERTUJUAN MAHU MEMBULI PAS SECARA KOTOR, IA JUGA MENUNJUKKAN SIKAP MAHU MEMPERBODOHKAN ANGGOTA PARTI PAS SUPAYA MUDAH DIPERANGKAP DENGAN KERJA KOTOR DAN TIDAK BERFAEDAH, INI KERANA BERSIH TIDAK PERNAH DIBUAT SECARA SERIUS UNTUK MEMBUAHKAN KEJAYAAN.
 
SELURUH ANGGOTA PAS  SEKARANG MULA MENILAI FAEDAH-FAEDAH YANG BOLEH DIPEROLEHI OLEH PARTI TERSEBUT SETELAH PARTI ITU TERUS DIPERBODOHKAN OLEH RAKAN-RAKANNYA, SELAIN DIMAKI HAMUN PAS JUGA TERUS DIPERBODOHKAN DENGAN JANJI BERSAMA UNTUK KEMENANGAN, SEKALIPUN  KAWAN TIDAK PERNAH MENGHORMATI DASAR PERJUANGANNYA
 
AHLI PAS SEDANG MENELITI PENDIRIAN PUCUK PIMPINAN PARTI YANG SEKEJAP DINGIN DAN SEKEJAP PANAS DALAM PERKARA PENDIRIAN UNTUK MEMBENA MARUAH ISLAM DAN MORAL PARTI - Pak Karamu
 
 
 
Kelantan ikut Pas pusat walau pahit
Pas

KOTA BHARU - Parti lain berhak membuat pelbagai spekulasi mahupun desakan dalam soal strategi satu lawan satu yang dibayangkan Pas bagi menentang BN pada PRU14 nanti.

Namun, bagi Pas Kelantan, mereka akan menerima dan akur dengan keputusan ditetapkan di peringkat pusat meskipun pahit untuk ditelan.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pendirian Kelantan mudah, apa sahaja keputusan dibuat oleh kepimpinan di peringkat pusat akan diikuti.

“Cuma kita akan bagi pandangan kita apabila sudah ada keputusan di peringkat pusat dan kita akan berlawan mengikut keputusan yang dibuat. Kita bukan ikut pakatan tetapi akan ikut keputusan pimpinan Pas,” katanya, semalam.

Terdahulu beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan berkata, parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang yang lain.

Bagaimanapun kata Hashim, kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama dan juga terpulang kepada budi bicara pakatan itu bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Begitu juga dalam soal cabaran Amanah Perak yang mahu Pas menyertai perhimpunan Bersih 5, jika serius mahu mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14 nanti, Che Abdullah berkata, segalanya terletak di bahu Pas pusat.  

“Tidak ada masalah dia cabar. Keputusan dibuat di peringkat pusat. Kalau Pas Pusat kata OK, Pas Kelantan akan mengerahkan seramai mungkin untuk sertai. Kalau (Pas) pusat kata tidak, kita tidak akan pergi,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.