Saya setia 101 peratus kepada Najib
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa
beliau setia 101 peratus kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan sentiasa
bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden Umno itu dalam
kerajaan dan parti.
Timbalan perdana menteri berkata, dalam Umno beliau kini menggalas
tanggungjawab sebagai timbalan presiden parti dan keadaan itu
memerlukannya untuk bersama dengan presiden mempertahankan dan mendepani
segala cabaran yang dihadapi oleh parti.
Menurutnya, beliau tidak memikirkan soal jawatan sebaliknya berserah
kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kerjaya
politiknya.
"Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang
dihidangkan kepada saya. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk
mengambil lauk atau nasi walaupun nasi dan lauk tidak cukup.
"Ertinya, saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati
institusi yang ada, dan ia berlaku jika mengikut kehendak Allah,"
katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Temu bual melalui Program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung
Umno 2016 itu akan disiarkan saluran televisyen Bernama News Channel
(BNC) pada malam esok (26 November). Dalam rancangan bual bicara selama
sejam itu Ahmad Zahid antara lain turut mengingatkan orang Melayu
khususnya tentang Rukun Iman keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar
supaya mereka sentiasa reda dengan ketentuan Allah.
Ahmad Zahid berkata, pada Perhimpunan Agung Umno kali ini beliau berasa
teruja untuk melaksanakan tugas merasmikan secara serentak perhimpunan
agung ketiga-tiga sayap parti - pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri
yang dijadualkan pada Selasa.
"Majlis Tertinggi Umno telah memberi mandat kepada saya untuk
merasmikan ketiga-tiga sayap parti pada malam itu dan setelah 21 tahun
saya tidak memakai baju Pemuda Umno, Insya-ALLAH, saya akan pakai baju
Melayu Pemuda Umno ketika itu sebagai nostalgia untuk diri saya secara
peribadi," katanya.
Menyentuh soalan bahawa beliau dilihat ultra Melayu dan sehubungan itu
bagaimana beliau dapat membezakan tugas sebagai pemimpin parti dan
sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata ultra Melayu itu
hanyalah satu gelaran namun beliau sentiasa sedar hakikat bahawa
Malaysia adalah negara majmuk.
"Akar tunjang kepada negara ini adalah kebangsaan dan tidak bererti
apabila Islam dan Melayu diperjuangkan, kita mengenepikan agama lain,"
katanya.
Beliau berkata sebagai orang nombor dua dalam kerajaan dan menjalankan
tugas-tugas orang nombor dua dalam Umno, sebagai pemimpin beliau harus
berlaku adil kepada semua.
"Saya ingin memberikan gambaran bahawa keMelayuan dan keIslaman saya
tetap kental tetapi tidak semestinya saya mengenepikan agama dan bangsa
lain.
"Saya harus berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia dan ummah
keseluruhannya dan masyarakat kita di peringkat antarabangsa dan
sejagat," katanya.
Ahmad Zahid bergiat aktif dalam politik sejak dipilih sebagai Ketua
Pemuda Umno bahagian Bagan Datoh pada 1984 dan seterusnya mendaki tangga
dalam perjuangan politik Umno peringkat nasional sehingga berjaya
dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia (1996-1999).
Kerjaya politik beliau lebih menyinar apabila dipilih sebagai anggota
Majlis Tertinggi Umno selama dua penggal iaitu bagi 2000-2003 dan
2004-2007 sebelum dipilih sebagai seorang daripada tiga Naib Presiden
Umno selama dua penggal iaitu pada 2008-2011 dan 2013-2016.
Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai
2015 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dalam
rombakan Kabinet. - Bernama
3 orang berkata:
Jgn cerita parti org la
Parti cai walaunta tu sdri tengok
Dah nyawa3 ikang belukang
Tunggu tebongkang
Sbb parti ikang blukang kencing merata
Aku rasa ruu tak pergi mana sbb dlm pru 14 tiga penjuru hadi kalah, abduh kalah, adun2 pas semua kalah. Pas dah tak ada mp kat parlimen. Bila dah tak ada wakil....sapa nak bentang? Nak suruh subramaniam?
Tu yg kita terkejut beruk bila hj hadi mintak tangguh lagi tu?
Saya dengan ini nak buat aduan kepada hj hadi dan lembaga tatatertib pas. Aduan saya ialah ada 4 atau 5 adun pas telah ikut bersih 5. Tolong ambil tindakan dan pecat.
Saya sudah buat aduan. Jangan kata tak ada aduan. Pecatlah mahfus, baihaki dan adun2 pas yang tidak patuh arahan presiden itu.
Terima kasih.
Itu aduan saya.
Post a Comment