ORANG YANG MEMBEZAKAN ANTARA PIMPINAN NIK AZIZ DAN HADI SEBENARNYA MEREKA BUTA PERUT.
MEREKA LOW STANDARD CARA BERFIKIR DALAM POLITIK SEMASA. SEBENARNYA PIMPINAN TIDAK MENCORAKKAN CARA MENTADBIR PARTI SEBAGAIMANA PARTI SEKULAR.
PAS MENCORAKKAN PENTADBIRAN PARTINYA ADALAH BERDASARKAN KEPADA DASAR PARTINYA, BUKAN BERDASARKAN KEPADA PIMPINANNYA, CUMA
BAGAIMANA PIMPINAN MENGOLAH OPERASI
PARTI BERDASARKAN KEPADA DASAR YANG ADA TERPULANG KEPADA KEBIJAKSANAAN PARA PIMPINANNYA.
ADALAH TERSANGAT BAIK JIKA ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR DALAM URUSAN PARTI PAS,
MEREKA TIDAK PERLU MENGAJAR PAS ATAU TIDAK PERLU MENILAI BAGAIMANA PIMPINAN PAS MENJALANKAN TUGAS MEREKA
-Pak karamu-
Pas versi Nik Aziz dan Pas versi Abdul Hadi
SEPANJANG tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan
dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara Pas versi Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pas versi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung
dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi Pas kepada Ketua
Penerangan Pas, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat Pas
supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai
pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang
pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.
Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan
Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan
menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar
Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan
benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu
seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu
dan saya sendiri.
Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam Pas versi Nik Aziz,
kerana tidak akan ada Ketua Penerangan Pas yang akan berani mengatur dan
menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana pastinya akan
mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada dan apa yang ada hari ini ialah Pas versi Abdul Hadi.
Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin Pas.
Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa Pas
menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat
sokongan majoriti undi popular pada PRU13 dan hampir menghalau Umno/BN
keluar dari Putrajaya? Sekiranya sistem pilihan raya adalah benar-benar
adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak
menjadi Perdana Menteri?
Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz
akan menziarahi bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh,
di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari
2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke-82 turut disambut dengan kek
‘Pakatan Rakyat’?
Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap Pas setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?
Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir Pas akan teragak-agak
untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk
menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan
menuju nasib sebuah negara gagal.
Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, Pas akan berada di barisan
paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal
kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat
Presiden Pas semakin selesa dengan Presiden Umno.
Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi Pas
Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pas bagi memutuskan
hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan
Amanah.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang
oleh kepimpinan Pas terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.
Walaupun sandiwara serangan kepimpinan Pas terhadap DAP, Amanah dan
Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi Pas Selangor,
senario sebenar adalah sangat berbeza.
Hakikatnya, akar umbi Pas Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan
bergolak ekoran pendirian garis keras Pas versi Abdul Hadi yang selesa
bersama Umno.
Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul
Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas minggu lalu bahawa kalau
pun Jawatankuasa Pusat Pas dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah
dengan PKR, Exco-exco Pas di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan
ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat
dalam Muktamar Pas pada bulan April nanti.
Pas Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dun yang
dimenanginya dalam PRU13 pada PRU akan datang, memandangkan para
pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru Pas.
Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan
dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat
anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban
atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang
menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah,
kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Abdul Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut
sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara
terbuka.
Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Gelang Patah dan bekas Setiausaha Agung DAP.
4 orang berkata:
Yg confirm bangang dan bodoh ialah walaun2 biol PA$. Tak tahu beza ulamak pewaris nabi dgn ulamak suu jual agama 90juta.
Arwah tg nik aziz..bijak..bijak dan bijak..lebai hadi..bodoh..bahlul..dan bangang..itu bezanya..
Yg betul tu, jgn bandingkan TGNA dan Lobai Hadi. Jauh sangat mcm langit dan bumi. Hadi bangang; suka cerca org lain, bersekongkol dgn najib, penjual agama, suka cakap belit2 dan baham dedak rm90juta. Arwah nik aziz; pemimpin hebat, berakhlak dan zuhud.
Yg bangang adalah; nik abuduh, din ayam, nasrudin, pak karamu dan nik amar
Arwah Nik aziz baik.
Sebab tu boleh tahan lebih 20 thn.
Aku respek arwah nik aziz.
Post a Comment