Harga minyak naik mendadak jejaskan ekonomi negara
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil langkah yang proaktif, untuk
memastikan harga minyak di Malaysia tidak naik mendadak sehingga
membebankan rakyat.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr
Mohd Azizuddin Mohd Sani menegaskan, bahawa kenaikkan harga minyak
secara mendadak akan memberi impak yang tidak sihat terhadap ekonomi
negara.
"Walaupun keadaan harga minyak dunia stabil tetapi Presiden Amerika
Syarikat, Donald Trump bawa beberapa polisi yang menjelaskan
ketidaktentuan global yang boleh menggugat pasaran minyak.
"Saya rasa kerajaan kena ambil langkah untuk pastikan harga minyak di
Malaysia tidak naik mendadaK sehingga membebankan rakyat. Kenaikan harga
minyak yang mendadak dan tinggi akan menjejaskan ekonomi negara,"
katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas senario semasa yang
memperlihatkan ada kemungkinan harga runcit petrol dan diesel dijangka
terus meningkat dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan
meramalkan, dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia ialah
pertama, kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan kedua, kadar
pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Kerajaan kita telah menetapkan harga runcit minyak petrol dan diesel
bergantung kepada apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran
minyak dunia, manakala harga minyak mentah adalah dikira dengan dolar
Amerika Syarikat.
"Oleh itu, saya nasihatkan pengguna agar bersiap sedia menghadapi
situasi yang lebih mencabar lagi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan
datang," kata Tia Guan yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan
Kewangan Great Vision Advisory Group.
Sebelum itu, berkuat kuasa mulai 1 Februari ini, RON 95 dijual pada
harga RM2.30 seliter, RON 97 pada RM2.60 seliter dan diesel RM2.15
seliter. Ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak daripada 20 sen
bagi RON95, RON97 naik 20 sen manakala diesel naik 15 sen.
[ARTIKEL BERKAITAN: Harga minyak dijangka naik lagi]
Oleh itu Azizuddin menyarankan agar kerajaan mengawal harga minyak
dengan meningkatkan pengeluaran dan penawaran minyak dalam dan luar
negara.
"Namun luar negara bergantung pada polisi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec).
"Yang pasti kerajaan perlu memikirkan insentif lain yang boleh membantu rakyat bagi meringankan beban mereka," katanya lagi.
4 orang berkata:
Minyak naik atau turun ke,Bersatu berkait dgn Pas atau tdk ke pan tetap le dibawah ketiak dap.Ya Allah selamatkan Malaysia drpd dap dan kutunya pan
Hadi ok laa duit dia byk. Pakai kereta mewah, minyak guna ron97, sebab tu hadi senyap jer. Rm90juta tu boleh bertahan sampai cucu Din Ayam.
Ya Allah, selamatkanlah kami drp parti penjual agama dan parti amalan syaitan.
Aamin Ya Rab.
Simpan janggut, pakai jubah sapu lantai, pakai minyak koledai sudah kira Islam sejati?
Post a Comment