Tawan Kelantan hanya angan-angan Amanah
SHAH ALAM - Azam Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menawan Kelantan menjelang PRU akan datang hanyalah angan-angan politik.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tidak mudah bagi
Amanah yang disifatkan hanya 'setahun jagung' bertapak dalam arena
politik untuk merampas Kelantan daripada Pas.
"Saya sifatkan ia hanya angan-angan politik Amanah. Amanah perlu tahu,
untuk memenangi PRU, sesebuah parti itu perlu ada kekuatan asas terlebih
dahulu.
"Kekuatan asas yang perlu ada termasuk cawangan, ahli dan pengundi,
bukannya sekadar ada parti kemudian buat gempak pada satu atau dua
program dan seterusnya buat kenyataan akan menang di Kelantan," katanya
kepada Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut Amanah tadbir Kelantan]
Katanya lagi, bukan mudah bagi parti lain untuk menakluk dan menduduki Kelantan.
"Kami yang daripada parti-parti lama termasuk Umno pun tahu nak menang
sesebuah negeri bukan mudah. Secara asasnya dari awal lagi Pas akan
pertahankan Kelantan dari mana-mana pihak," katanya lagi.
8 orang berkata:
Lebai jual agama..tipu org kampong masuk skim cepat kaya..dasar lebai2 bangsat..
Tu bukan angan2, itu azam parti amanah utk pulihkan kelantan yg dikuasa oleh ulama korup; cinta dunia, tebang balak sesuka hati, pemimpin baham dedak rm90juta. Kalau pas rasa boleh kekal di kelantan, sila letak calon lawan parti amanah. Gentleman la pak karam, kalau rasa kuat sila lawan masa PRU, tak payah la nak bising2 ini negara demokrasi.
Amanah parti setahun jagung..tapi matang mcm umur 60thn..pas parti matang..tapi tindakan mcm budak x cukup umur..
umur setahun jagung tapi matang ? kah ,, kah,,,kah al keldai buat lawak ke kah3
teroknya ulamak dalam PAS. Kah..... kah ... kah fitnahlah lagi... kata si khinzir pada buah hatinya si keldai
kah 5, si keldai sudah gila meroyan cuba memikat si khinzir
Kalu Pan nenang kelantan, pan terpaksa menanggung segala saman yg ditinggalkan oleh walaon.
Tapi tak apalah.
Janji pas kalah.
Pan, ph dan bersatu tak akan ganggu kerusi milik pas. Mereka cuma nak bertanding di semua kerusi yg BN ada bertanding. Jadi pas tak perlu bimbang. Heeeee
Post a Comment