RUU 355 hanya untuk orang Islam
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016 hanya untuk individu yang beragama Islam.
Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminudin Yahya berkata, mereka yang bukan
beragama Islam tidak perlu takut dengan undang-undang ini.
Dakwanya, hari ini, beberapa orang Melayu liberal dan orang bukan
Melayu telah berkumpul di Petaling Jaya dalam himpunan tolak RUU.
"Tapi jumlah mereka lebih kurang 100 orang sahaja, jauh berbeza dengan
di sini. Kita nak beritahu mesej kepada mereka dan juga ahli parlimen
sama ada Melayu atau bukan untuk menyokong RUU ini.
"Sesiapa ahli parlimen yang menentang usul ini pada Mac ini, kita
pastikan PRU14 ini mereka aman diturunkan," katanya dalam ucapan
Himpunan RUU di Padang Merbok, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa hari lalu, laporan akhbar
mendedahkan bahawa kelahiran anak tidak sah taraf sepanjang 10 tahun
lepas dari tahun 2005 hingga 2015 adalah seramai 500,000 orang.
Soalnya, "bagaimana 10 tahun akan datang? Mungkin jumlahnya boleh
mencecah 1 juta anak tidak sah taraf. Adakah ini yang kita mahu?
"Jika kita biarkan maksiat berleluasa di negara ini, maka dia akan
mengundang bala dari ALLAH. Mereka memperkatakan, golongan liberal kata
ini hak asasi manusia, hak individu. Jika jiran buat maksiat, kita mahu
biarkan? Ini fahaman Islam bagaimana? Mereka tak baca Al Quran? Hadis?
Ini Islam apa?
"Kenapa mereka takut? Ini adalah jelas bahawa undang-undang ini untuk orang Islam sahaja," katanya.
Tambahnya, kita menyeru untuk sama menyokong isu ini kerana perjuangan
ini tidak akan berhenti sehingga isu ini diluluskan dalam Parlimen.
Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang
Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di
Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan
hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.
3 orang berkata:
Apa yg ruu355 ni boleh buat pada penyamun duit rakyat 2.6b dan rakan subahat penyamun 90juta..
Beto ke jumah anak tak SA taraf tu deka2 ama byk ngn jumah ali pah?
Pasal x paka kondom?
RUU 355 adalah salah faham yg perlu di perjelaskan.
Kesan drpd H355.......himpunan yg mengelirukan rakyat

1. RUU 355 adalah salah faham yg perlu di perjelaskan.
2. Anda boleh bersetuju atau memilih utk tidak bersetuju dgn penjelasan saya.
3. RUU355 yg nak di bawa oleh YB Hadi Awang Mac ini adalah RANG UNDANG2 PERSENDIRIAN.
4. Kalaupun di luluskan dgn undi majoriti, IA BELUM LAGI MENJADI UNDANG2. Ia hanya di anggap satu USUL yg telah di luluskan kerana ianya adalah cadangan dari salah seorg dari 222 Ahli Parlimen yg mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
5. Utk menjadikan ianya satu undang2, USUL berkenaan hendaklah di rujukkan oleh Menteri yg menjaga portfolio undang2 (azalina nama dia) kpd Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara (bahagian penggubalan) yg akan menggubal semula cadangan Rang Undang2 itu utk di bahaskan semula di parlimen.
6. Menteri yg menjaga hal ehwal agama Islam (jamil khir nama dia) pula nanti yg akan membacakan Rang Undang2 itu utk BACAAN KALI PERTAMA di parlimen.
7. Selepas BACAAN KALI KE TIGA dan selepas melalui proses perbahasan, pengubahsuaian, penambahbaikan barulah Rang Undang2 itu akan di undi semula utk kelulusan majoriti Ahli Dewan.
8.Kemudian undang2 itu akan di bahas dan di luluskan pula di peringkat Dewan Negara dan selepas mendapat perkenan YDPA atau jika tanpa perkenan YDPA, dlm tempoh 30 hari, barulah Rang undang2 itu akan DI WARTAKAN menjadi undang2 dan itupun HANYA BERKUATKUASA DI WILAYAH PERSEKUTUAN SAHAJA.
9. Negeri2 lain KALAU NAK IKUT SAMA MEMINDA UNDANG2 BERKENAAN DI PERINGKAT NEGERI, perlulah mengikut proses yg sama dgn perkenan Sultan negeri masing2 krn hal ehwal agama Islam di bawah Sultan.
10. Jadi kalau hari ini anda sokong ke, anda bantah ke pindaan RUU 355, pastikan anda faham SOP dan tempoh matang sokongan atau bantahan anda tu.
11. Menyokong biar berakal. Membangkang biar pintar.
12. Kalau anda beria2 sokong RUU Persendirian Mac ni, kalau Kerajaan tak buat apa2 tindakan susulan lepas dah lulus tu pun tak jadi undang2 juga dia.
13. Pada saya PAS sedang menggunakan RUU 355 ini untuk menggerakkan momentum sokongan umat Islam terhadap Pas menjelang PRU 14
14. UMNO pula sedang bertaut dgn Pas sebab nak karam dah
Post a Comment