PERANG RASUAH DAN BUAT RASUAH
-Pak Karamu-
Pas ingatkan waspada sikap DAP
SHAH ALAM - Semua pihak diminta berwaspada dengan sikap DAP yang
didakwa talam dua muka demi mengaut kepentingan kiri dan kanan.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed
Yusoff mendakwa, DAP kini semakin menyerlahkan pendirian 'dua wajah'
dalam satu-satu perkara dihadapi.
"Kepura-puraan DAP ini bukan perkara baharu apabila segala tembelang
mulai pecah setelah segala yang diperjuangkan selama ini hanyalah topeng
dan lakonan. Misalnya perjuangan berkaitan alam sekitar seperti Lynas,
tetapi DAP di Pulau Pinang sendiri mengemukakan projek pengangkutan yang
memusnahkan alam sekitar negeri itu.
"Begitu juga soal integriti yang tegas dipegang selama ini, akhirnya
tercalar oleh dakwaan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertinggi.
Pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz yang dicanang-canang, akhirnya
menjadi sebaliknya hingga membawa kepada pelbagai cemuhan.
"Begitu juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang pernah lantang menyerang
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu dalam isu
Bumiputera Malaysia Finance (BMF), namun hingga kini gagal menyatakan
pendirian dari pendedahan terbaharu CIA. Apakah kerana kemesraan terbaru
dan berlaku janji tawar menawar yang lumayan antara mereka berdua?,"
soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Nurul dalam masa sama turut menyifatkan pendirian politik DAP sebagai
parti berpendirian opurtunis dan pragmatik yang hanya memikirkan agenda
peribadi semata-mata.
Tambahnya, cara dan gaya sebegini tidak akan mampu menjadikan wadah
politik untuk memenuhi harapan dan sandaran rakyat sebaliknya hanya
bermotif mengaut peluang demi kedudukan dan kuasa.
"Malah, DAP telah berkali-kali dibidas anggota parti sendiri secara
terbuka dan menyanggah prinsip yang berubah-ubah dan dilihat tidak
telus.
"Ini sebagaimana terbaru oleh Adun Bilut, Chow Yu Hui membidas himpunan
berhubung bantahan ke atas Presiden Amerika, Donald Trump yang melarang
kemasukan Muslim dari tujuh negara. Sedangkan DAP sendiri pernah
mempersoal pihak yang membantah kemasukan atlet luncur air Israel pada
Kejohanan Luncur Air di Langkawi tahun 2015 dahulu," ujarnya lagi.
Malah, katanya lagi, DAP juga pernah dipertikai oleh bekas pimpinannya
seperti Tunku Aziz, Hew Kuan Yaw dan Janice Lee dalam banyak aspek dan
perkara.
"Politik jelik dimainkan DAP ini amat perlu diwaspada dan dihindari
masyarakat disebalik kewujudan penjajahan licik politik global masa
kini.
"Mereka begitu mudah berpaut dan memanipulasikan sesiapa sahaja tanpa
ada perasaan malu dan menjaga maruah, selain acapkali berhubungan dengan
pihak negara asing," bidasnya lagi.
5 orang berkata:
Tansri Bendahari Umno Kelantan optimis Umno akan menang Pru14 di Kelantan dengan mendapat lebih 28 kerusi.
In Shaa Allah.
Mudah2an Allah permudahkan kejayaan ini. Aamin Ya Rab.
Bermuka2 itu munafik...
Hanya mukhris sahaja yg serius. Yg lain macam2 kata. Titm tak ada mandat la. Belum bawak ke ulama la... J/k dah bentuk ke?
Ulamak??
Amin.
Aminn
Pak karam tujukan pd Hadi dan lebai2 penunggang agama Pas ke?
Post a Comment