Saturday, 18 February 2017
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. “Lautan ungu” mula
membanjiri Padang Merbok seawal 2 petang tadi dengan sebahagian besar
kawasan padang itu dipenuhi peserta himpunan RUU 355 yang berpakaian
ungu.
Bagaimanapun, himpunan anjuran PAS dan beberapa kumpulan Islam itu
menyaksikan ada di kalangan ibu bapa yang membawa anak kecil mereka
berarak ke Padang Merbok.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Turut mencuri tumpuan ialah warga emas berkerusi roda yang ditemani ahli keluarga menyertai perhimpunan itu.
Kebanyakan peserta mula berkumpul di Masjid Jamek, Masjid Negara,
Parlimen dan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum
menuju ke Padang Merbok sambil dikawal Unit Amal PAS.
Tiada perarakan berlangsung, sebaliknya peserta kelihatan berjalan dengan santai secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil.
Namun, ada yang berjalan sambil melaungkan takbir dan berzikir.
“Setiap peserta bergerak secara sendiri atau berkumpulan. Kami tidak
akan berarak,” kata seorang anggota Unit Amal PAS yang berkawal di depan
Masjid Jamek.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta
Urus setia Unit Amal Pemuda PAS menganggarkan lebih 30,000 orang
menyertai himpunan itu, setakat 5 petang ini. Tinjauan FMT mendapati
jalan utama menuju ke Padang Merbok mula sesak dan dikawal ketat polis.
Berdasarkan maklumat diterima FMT, lebih 1,000 bas dikerah untuk membawa peserta menyertai perhimpunan hari ini.
Peserta yang ditemui berkata, perhimpunan hari ini adalah perjuangan
demi agama dan mereka mahu melihat undang-undang Islam dan Mahkamah
Syariah diperkasakan di negara ini.
“Kami datang sebab nak tunjuk sokongan kami kepada pelaksaraan
undang-undang Islam, malah kami sedikit pun tidak menyesal datang ke
sini hari ini, biar penat dan lelah, habis wang asalkan RUU 355
berjaya,” kata Mohd Fakrul Razi dari Kedah.
“Kami datang hari ini tidak seperti perhimpunan yang lain, baik merah
atau kuning kerana perjuangan kami lebih besar daripada perjuangan
meraka, sebab ini perjuangan agama,” katanya seorang lagi peserta yang
hanya mahu dikenali sebagai Abdul Fattah.
Bagi peserta bukan Islam pula, sokongan terhadap RUU 355 bertujuan
memastikan kebaikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Walaupun undang-undang ini khas untuk orang Islam, tetapi kami sokong
sebab bila undang-undang ini dilaksanakan, keamanan negara terjamin.
“Kalau kami bukan Islam pun sokong undang-undang ini, kenapa tidak bagi
orang Muslim? Bagi kami, himpunan hari ini bukannya himpunan agama hanya
untuk orang Islam, tetapi himpunan untuk masa depan dan keamanan
negara,” kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai
Subramaniam.
PAS sebelum ini menyasarkan kira-kira 300,000 orang akan menyertai
himpunan hari ini bagi menunjukkan sokongan dan memperjelaskan kewajaran
usul RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 atau RUU 355 dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah
Islam.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta
Satu lagi himpunan balas “Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi” anjuran NGO
dikenali sebagai Bebas turut diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya,
ketika ini bagi menghimpun umat Islam dan bukan Islam untuk membantah
RUU 355.
RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh
Hadi. Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan
perbahasan RUU 355 ke sidang berikut pada Mac ini bagi membolehkan
pindaan dilakukan terhadapnya RUU itu.
Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Antara pindaan
dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda
tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun
penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah
Syariah ketika ini. - fmt
4 orang berkata:
Mudah2an ruu355 ini berjaya dilaksanakan supaya perompak wang rakyat bilion2 dan penerima dapat dihukum sebat rotan 100 kali dan penjara 30 tahun. Aminn
Harap2 mereka semua ni akan datang mengundi ruu di parlimen pd bulan mac nanti
Fuhhh...hebat!
Padang merbuk boleh memuatkan 200K pengunjung!! Selalunya 45K pun dah bersesak2 giler...
Penduduk Islam Msia ada 19juta. Ahli Pas ada 1juta. Yg dtg himpunan cuma 200,000. Itupun diangkut dgn bas percuma seluruh negeri. Maknanya lagi ramai org Islam tak sokong ruu355.
Post a Comment