Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARA PEMBUNUHAN TIDAK POPULAR

 
Pembunuhan Kim Jong-nam dirancang
Pembunuhan Kim Jong-Nam dirancang
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menjawab soalan wartawan ketika sidang media berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara di Bukit Aman hari ini. 
 
Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat. Dua suspek termasuk seorang Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia diburu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam. - Foto Bernama 
 
KUALA LUMPUR - Siasatan polis mendapati pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam minggu lalu dipercayai memang sudah dirancang dengan beberapa siri latihan pembunuhan dijalankan terlebih dahulu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua wanita yang ditahan berhubung kes itu dikatakan telah membuat beberapa latihan dan dilatih di sebuah pusat beli-belah serta sebuah pusat konvensyen di sini sebelum melaksanakan tugasan tersebut.

"Berdasarkan siasatan, kami dapati mereka melakukan beberapa latihan untuk melaksanakan tugas itu... sebelum akhirnya (melakukannya) ke atas subjek," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Dua suspek tersebut, seorang wanita berumur 28 tahun menggunakan pasport Vietnam tertera nama Doan Thi Huong dan seorang wanita berumur 25 tahun menggunakan pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah, kini ditahan reman.

"Mereka tahu bahan itu adalah beracun untuk membunuh si mati.

"Pada mulanya, Siti Aishah menyapukan tangannya ke muka si mati sebelum diikuti suspek pemegang pasport Vietnam yang turut melakukan perkara yang sama. Kedua-dua suspek kemudian terus ke tandas untuk mencuci tangan mereka sejurus selepas serangan itu. Mereka tahu ia beracun.

"Kami amat percaya perkara ini dirancang terlebih dahulu dan mereka dilatih untuk melakukannya... mustahil mereka tidak tahu (ia beracun atau hanyalah satu gurauan)," kata Khalid yang turut mengangkat tangannya sendiri bagi menunjukkan lakonan semula kejadian tersebut.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dilap dengan cecair beracun.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Khalid menjelaskan, empat suspek warga Korea Utara yang telah lari ke Pyongyang ketika ini, dipercayai menyembur cecair beracun ke tangan dua wanita tersebut sebelum pembunuhan itu berlaku.

Kedua-dua wanita itu ditahan secara berperingkat bersama-sama seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47, bagi membantu siasatan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

Beliau berkata siasatan polis masih berjalan merangkumi pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkinan siasatan akan mengambil masa. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Apa itu RUU 355?
Rujuk link dibawah;

https://www.youtube.com/watch?v=gnp_sCeLmyY

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.