H355 MENGHASILKAN GOLONGAN ANTI HUKUM TUHAN SERTA MUNAFIK
-Pak Karamu-
H355 capai objektif, momentum perlu diteruskan
-Pak Karamu-
H355 capai objektif, momentum perlu diteruskan
SHAH ALAM – Himpunan 355 (H355) yang berakhir malam tadi mencapai
objektifnya apabila agenda untuk memartabat Islam dan syariatnya dapat
disampaikan dalam keadaan aman.
Pengarah himpunan itu, Nasrudin Hassan berkata, himpunan semalam
diharap dapat diteruskan momentumnya sehingga pindaan terhadap RUU Akta
355 dilulus Dewan Rakyat.
“Ia menjadi tanggungjawab kita bersama, bukan sahaja umat Islam malah rakan-rakan bukan Islam juga.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ini bukan cakap kosong: Hadi]
“Justeru Islam menjanjikan keadilan dan rahmat untuk semua. Himpunan
semalam menjadi isyarat sangat jelas bahawa telah sampai masanya Islam
dikembalikan ke tampuknya yang tinggi mengatasi ideologi yang dicipta
oleh manusia untuk memulihkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, himpunan semalam juga membuktikan rakyat mahu Islam
ditegakkan di bumi tercinta ini melalui pemerkasaan syariah untuk
memulihkan keamanan negara.
“Tiada siapa lagi yang boleh mempersenda dan memperlekehkan Islam.
Justeru Islam adalah agama yang membawa keadilan sejagat dan
kesejahteraan ummah.
“Menyaksikan ikrar para pejuangnya bersatu di atas kalimah yang sama,” katanya.
Menurut Nasrudin lagi, dengan kehadiran masyarakat Islam berbilang kaum
serta penglibatan parti politik, NGO, individu, semuanya bersatu hati
dan menyepakati 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera'.
“Dengan segala pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam
tegak di bumi tercinta ini, Jawatankuasa Penganjur H355 merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan H355 sama
ada secara langsung atau tidak.
“Ia menjadi satu detik sejarah bernilai tinggi bagi menyaksikan kebangkitan umat Islam dari pelbagai latar belakang,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dengan kehadiran melebihi jangkaan asal, penghargaan
diberikan kepada para menteri yang hadir, mufti, pemimpin politik,
pemidato, NGO, dermawan dan juga peserta yang berhimpun.
“Terima kasih juga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja
Malaysia atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada H355.
“H355 turut diperhebat dengan pengorbanan anggota Jabatan Amal Malaysia
yang bertugas penuh dedikasi dan para Sukarelawan yang membantu,”
katanya.
9 orang berkata:
Terima kasih kpd ahli umno. Kalau tidak, cuma 7 ribu saja yg datang. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan.
Tahniah kepada peserta yg bakar bendera dap. Takbirr
Mudah2an himpunan Ruu355 Hadi ini akan membuka jalan kepada usaha mengelakkan harta anak yatim digunakan untuk program golfing, shoping dan ciloking di luar negara
Tahniah kerana ruu355 berjaya dibentang di padang merbok. Esok dah boleh kuatkuasakan Msia negara Islam.
Denda maksimum rm100 ribu tu macam tak adil...
Bayangkan kalau org kebas 90 juta, tak kan kena denda 100K saja.
Apa hukuman dlm ruu ini kpd kelaki dah kawin yg tunjuk gambar kote dia melalui wassup kpd wanita janda?
Bolehka dia dirotan 100 kali?
Ikut ruu perlu 4 saksi tak??
Dlm hudud dan Quran, curi kena potong tangan. Dlm ruu hadi, curi bole potong tangan tak?
Sapa yg betul ni. Hudud ker hadi?
HIMPUNAN POLITIK CARI MAKAN ANAK MENANTU.
Himpunan politik selamatkan anak menantu
Post a Comment