SALAHKAH MAHADHIR MEMBERSIHKAN
NAMANYA ?
POKOKNYA PENDERITAAN RAKYAT TELAH
BERLALU !!!
RAKYAT TELAH MERASA TERSEKSA !
RAKYAT TELAH MERASA PAHIT MAUNG HIDUP !
DIBAWAH MAHADHIR,
DIA BOLEH BETULKAN KSILAPANNYA
TAPI
DIA PERLU DIHUKUM DAHULU, ITU BARU
ADIL,
-Pak Karamu-
Negara ‘kucar-kacir’ bukan kerana Kit Siang
SHAH ALAM – Bekas veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid menyenaraikan
beberapa isu yang kebanyakannya timbul bukanlah berpunca daripada
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sebaliknya ia adalah kegagalan pentadbiran
kerajaan hari ini.
Menerusi blognya, sanusijunid.blogspot.com, Sanusi menyenaraikan 29
isu-isu penting negara yang tidak satu pun bersangkut paut dengan
pimpinan utama DAP itu.
“Semua isu-isu yang timbul sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Kit Siang.
“Antara isu-isu tersebut adalah dengan pengenalan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) di mana Kit Siang tidak mencadang atau menyokong
pengenalannya. Ia ternyata membebankan rakyat jelata.
“Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan
subsidi sehingga naik harga barang, tol, petrol dan diesel,” katanya.
Jelas beliau lagi, Kit Siang juga tidak pernah bersetuju untuk
menggunakan wang Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk
melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.
“Kit Siang tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik tanah
peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya dengan
sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya merudum
turun kerana dilanda kerugian.
“Beliau tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan tidak
tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT); beliau
tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk
membiayai projek yang tidak menguntungkan,” katanya.
Sanusi menambah, Kit Siang tidak pernah meminjam duit Majlis Amanah
Rakyat (Mara) untuk berniaga atau sebagai biasiswa waktu beliau belajar;
beliau juga tidak pernah merestui penyelewengan yang kini dikatakan
berlaku dalam Mara.
“Selain itu, Kit Siang belum memeluk agama Islam dan tidak pun tahu
mengenai salah guna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan
yang merugikan.
“Lagi pula beliau tidak pernah membayar zakat dan kerana itu beliau
tidak tahu pejabat agama mengadakan lawatan ke Paris sebagai salah satu
acara dalam ‘Kursus Pernikahan’,” katanya.
Dalam blog itu lagi Sanusi menjelaskan mengenai biasiswa anak-anak
Melayu yang dikurangkan, perkhidmatan Peguam Negara yang ditamatkan,
pertukaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serta
halangan Bank Negara Malaysia dari mengambil tindakan atas penyelewengan
dalam institusi kewangan dalam dan luar negara.
“Banyak lagi isu-isu ini yang langsung tiada kaitan dengan Kit Siang.
Beliau tidak bertanggungjawab, malah tidak tahu menahu mengenai
penubuhan 1MDB; tidak pernah menjadi penasihat atau ahli lembaga
pengarah, pegawai atau pekerjaa di 1MDB.
“Alangkah baiknya jika ramai pemimpin Melayu seperti Kit Siang.
Salahkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Kit
Siang, dan mereka yang sejenis sikap dengannya, untuk sama-sama
menentang penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?
“Salahkah Dr Mahathir untuk membetulkan kesilapannya kerana telah salah
menanam budi dan memilih pengganti-penggantinya yang tidak disangka
menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata
menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin
selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua,” katanya.
4 orang berkata:
Negara kucar kacir angkara Najib dan Hadi.
Saya nak tanya hj hadi dan nik amar:
Kenapa hukuman dlm ruu355 itu tidak dibuat lebih keras iaitu dipinda kpd rotan 125 kali, penjara 38 tahun dan denda 190 ribu. Kenapa cuma rotan 100 kali, denda cuma 100 ribu dan penjara cuma 30 tahun? Apa rasional yg hadi pakai?
Adakah jika hukuman 161 kali rotan, 185 ribu denda dan 42 tahun penjara itu dikira hukuman tidak islamik?
Harap hj hadi dan nik amar jawab.
Tak payah tunggu haji hadi..
Kalau rotan dengan lidi satu kali, denda 2 kupang atau penjara dalam bilik berhawa dingin 2 jam pun ko akan perdoalkan juga.. dasar barua... memang mcam itulah...
Jgn sampai jd barua ketua penyamun MO1, mca,mic dan gerakan. Agama pun sanggup digadaikan dgn harga 90juta.
Post a Comment