Kerjasama Pas, Bersatu pelengkap muafakat pembangkang
SHAH ALAM - Perjanjian penubuhan jawatankuasa teknikal yang dimeterai
antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan
melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara
parti-parti pembangkang.
Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya, ia akan
memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU14.
"Saya ingin menzahirkan rasa syukur atas perkembangan positif dalam
usaha pembentukan persefahaman politik dan kerjasama antara Bersatu dan
Pas.
"Saya amat menyambut baik dan mengalu-alukan kesediaan Pas membentuk
kerjasama dengan Bersatu khususnya dalam menghadapi PRU14," katanya
dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, kerjasama itu akan merintis jalan ke arah pembentukan
muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk
menghadapi BN secara satu lawan satu.
"Jika diberikan mandat oleh rakyat, pembangkang boleh membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.
"Kami sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan
Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan. Persefahaman yang
dicapai dengan Pas ini akan melengkapkan usaha kami," katanya lagi.
Pertemuan Pas dan Bersatu semalam mencapai kata sepakat untuk
menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalusi draf
rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti.
Pertemuan itu juga boleh dianggap sebagai 'penutup' kepada segala
kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak
boleh bekerjasama.
Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
kata sepakat itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Beliau dalam masa sama turut memuji keputusan Pas yang setuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama Bersatu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas-Bersatu putus tubuh jawatankuasa teknikal]
Beliau dalam masa sama percaya gabungan parti politik yang lebih
berkaliber untuk mentadbir negara dapat diwujudkan sekiranya
persefahaman antara Bersatu, Pas dan parti-parti sekutu dimeterai
bersama.
"Dengan perkembangan terbaharu ini saya juga yakin harapan untuk
menyelamatkan negara serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih
baik juga semakin cerah," katanya lagi.
5 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Syukur Alhamdulillah.
Kerjasama Pribumi BERSATU dan PAS yang ditunggu-tunggu.
Kejayaan yang amat cemerlang untuk mentakbir negara Malaysia akan berjaya.
In Syaa Allah.
Nampak gaya macam 3 penjuru ni. Unmobn, bersatu-pas dan satu lagi pkr-dap-amanah. Ini sudah cukup baik untuk menumbangkan Pas kelantan.
Hidup BN.
Kami mahu MB kelantan yang baru...
Kita tengok muka siapa yang merah di kelantan lepas pru14 nanti....ha ha ha ha
Errrkkk....Lepas berkahak, unta2 jilat kahak masing2 balik.
Post a Comment