MULA-MULA BERANI, KEMUDIAN DIA TINGGALKAN
PENTAS, SEBAB DIA TAK DE TELOR.
ALANGKAH MALUNYA DIA, SEBAGAI KETUA
AMANAH YANG TIDAK BERTELOR
DIA HARAPKAN DIA DISAMBUT PADA MAJLIS
ITU, RUPANYA DIA TIDAK DIHINGINI
PADA MAJLIS TERSEBUT
WALAU APAPUN DIA GAGAL MEMBUKTIKAN
BAHAWA PARTI KUALI YANG JADI
KALDAI DAP ITU BENAR-BENAR
DIBENCI OLEH RAKYAT KELANTAN
-Pak karamu-
Kecoh: Husam 'serang' ceramah Pas
KOTA BHARU - Suasana tenang di Ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah"
bertukar riuh apabila Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa tiba-tiba
muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu.
Husam yang tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh,
Wan Ismail Wan Jusoh sedang memberi ucapannya dilihat menaiki pentas
utama dan duduk bersama pemimpin Pas yang lain.
Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun
pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan
kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.
Walau bagaimanapun kehadiran Husam dipentas utama tersebut langsung
tidak mengganggu Wan Ismail yang juga pemimpin senior Pas itu dalam
melontarkan pendapat dan pengalamannya mengenai isu itu.
Malah beliau juga dengan sinisnya menegaskan tiada siapa pun yang boleh
membakar rumah Pas itu selagi ada penghuni tegar di dalamnya.
Keriuhan sorakan penyokong juga tidak hanya berhenti di situ apabila
sekali lagi kekecohan timbul semasa Exco Kerajaan Negeri, Datuk
Nasuruddin Daud mula berucap.
Kekecohan tersebut bermula apabila salah seorang penyokong tidak dapat
menahan kemarahan dan datang ke hadapan pentas mencabar bekas Naib
Presiden Pas itu berdebat di hadapan mereka.
Keadaan pada awalnya tidak terkawal terutamanya apabila penyokong
kedua-dua parti masing-masing bergilir melontarkan cemuhan terhadap
pemimpin pihak berlawanan.
Bagaimanapun 5 minit kemudian, keadaan mula kembali tenang dengan
bantuan Unit Amal Pas yang bertindak membuat kawalan rapi di depan
pentas utama.
Husam dibawa keluar daripada pentas tersebut selepas ada sekumpulan
penyokong Pas cuba untuk membuat kecoh di depan pentas dan mahu
bersemuka dengan bekas exco kerajaan negeri itu.
Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan ceramah tersebut.
Ceramah tersebut dibuat bagi memberi penjelasan mengenai tindakan Husam
yang didakwa cuba berdolak dalih dalam menentukan tarikh sebenar
perdebatan itu boleh dilangsunglan.
4 orang berkata:
bodohnya walaun sekoq ni
Tgk gambar pun dah tahu walaun2 biol Pas reka citer fitnah. Inilah hasil berguru dgn tuang presideng lebai al fitnahi al marangi
Nape la nak ceroboh rumah org....kan dah ada rumah sendiri....adap mana dguna ni.....kesian kesian
Ahli2 rumah yg dicerobohi kerap memfitnah. Bila mangsa fitnah dtg berdepan tau pulak takut. Adab mana diguna ni..Ketua rumah telur tadak.kesian kesian
Post a Comment