Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui terdapat pertindihan kerusi di
antara ketiga-tiga parti komponen gabungan itu pada PRU14.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail, selepas tamat mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan
Harapan dan Bersatu di ibu pejabat Amanah, di sini, hari ini.
"Namun pertindihan itu adalah minimum dan apa yang penting kita ada
formula dan parameter untuk membantu bagi mengatasi masalah pembahagian
kerusi ini.
"Parameter ini dianggap berjaya sekiranya kerusi yang bertindih itu di
tahap minima," katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.
Mesyuarat itu diwakili Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Setiausaha
Agung Amanah, Anuar Tahir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan
beberapa pemimpin lain.
Bagaimanapun, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak menghantar wakil.
Dalam pada itu, Saifuddin yang ditanya adakah perbincangan pembahagian
kerusi itu melibatkan kerusi dimiliki Pas, beliau berkata, mereka tidak
membincangkan mengenainya.
"Kami tak bincang pasal Pas. Yang penting semua kerusi yang BN bertanding kami akan lawan," katanya.
7 orang berkata:
Dema tak hirau pun kerusi pas. Dema cuma nak tanding di mana BN bertanding.
Hahahaha.
Padan muka. Eksyen sangat.
Tarak sapa mau pedulik sama hang lagi. Pegi jalan sama hang. Hang yg pilih jalan turr.
Suruh saman tak mau.
Suruh pecat tak mau.
Sykt korea pulak saman lu.
Apa punya suwey laa
Tu la....
Husam suruh lu settle elok2 lu tak mau dengar. Lu mau tunjuk besar kepala.
Korea utara = Dap...
Kadam/pencacai = Amanah
Muahh ha..ha..
Al keldai = walaun biol lebai jual agama PA$
Porshe.Audi.Semalaysia 90 juta.
Sibuk hok hek hok hek ruu, sedor2 dah kena saman korea. Tipu la lagi.......
Post a Comment