H355 capai objektif, momentum perlu diteruskan
SHAH ALAM – Himpunan 355 (H355) yang berakhir malam tadi mencapai
objektifnya apabila agenda untuk memartabat Islam dan syariatnya dapat
disampaikan dalam keadaan aman.
Pengarah himpunan itu, Nasrudin Hassan berkata, himpunan semalam
diharap dapat diteruskan momentumnya sehingga pindaan terhadap RUU Akta
355 dilulus Dewan Rakyat.
“Ia menjadi tanggungjawab kita bersama, bukan sahaja umat Islam malah rakan-rakan bukan Islam juga.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ini bukan cakap kosong: Hadi]
“Justeru Islam menjanjikan keadilan dan rahmat untuk semua. Himpunan
semalam menjadi isyarat sangat jelas bahawa telah sampai masanya Islam
dikembalikan ke tampuknya yang tinggi mengatasi ideologi yang dicipta
oleh manusia untuk memulihkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, himpunan semalam juga membuktikan rakyat mahu Islam
ditegakkan di bumi tercinta ini melalui pemerkasaan syariah untuk
memulihkan keamanan negara.
“Tiada siapa lagi yang boleh mempersenda dan memperlekehkan Islam.
Justeru Islam adalah agama yang membawa keadilan sejagat dan
kesejahteraan ummah.
“Menyaksikan ikrar para pejuangnya bersatu di atas kalimah yang sama,” katanya.
Menurut Nasrudin lagi, dengan kehadiran masyarakat Islam berbilang kaum
serta penglibatan parti politik, NGO, individu, semuanya bersatu hati
dan menyepakati 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera'.
“Dengan segala pengorbanan dari semua pihak yang mahu melihat Islam
tegak di bumi tercinta ini, Jawatankuasa Penganjur H355 merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan H355 sama
ada secara langsung atau tidak.
“Ia menjadi satu detik sejarah bernilai tinggi bagi menyaksikan kebangkitan umat Islam dari pelbagai latar belakang,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dengan kehadiran melebihi jangkaan asal, penghargaan
diberikan kepada para menteri yang hadir, mufti, pemimpin politik,
pemidato, NGO, dermawan dan juga peserta yang berhimpun.
“Terima kasih juga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja
Malaysia atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada H355.
“H355 turut diperhebat dengan pengorbanan anggota Jabatan Amal Malaysia
yang bertugas penuh dedikasi dan para Sukarelawan yang membantu,”
katanya.
15 orang berkata:
Persoalannya..ahli Pas konon ada berjuta2 lemon. Penduduk Islam Msia ada 19juta..Knp yg dtg demo ruuHadi cuma 20,000? Ada bas percuma, baju, makan minum disediakan.
Maknanya, majoriti org Islam tak menyokong Pas dan ruuHadi.
Kami datang guna duit sendiri,baju beli sendiri mkn & minum x disediakan... Nak mkn beli sendiri... Demi Allah sesiapa yg sebar fitnah itu akan mendapat balasanNya kelak. Nak menjaga hati DAP pun jgn sampai menggadai keimanan sendiri.
Kami datang guna duit sendiri,baju beli sendiri mkn & minum x disediakan... Nak mkn beli sendiri... Demi Allah sesiapa yg sebar fitnah itu akan mendapat balasanNya kelak. Nak menjaga hati DAP pun jgn sampai menggadai keimanan sendiri.
Aku setuju hudud dilaksanakan..aku nak tengok hukuman keatas penyangak 2.6b dan kawan penyangak yg dapat 90juta tu..adil ke tidak..
Ada peserta yg cakap datang berbayar..apa cerita
Ada yg bagitahu org ajak gi kl naik bas free.
Kata paling kurang 300K, napa 30K aje? Ni mesti tak plan betol2 ni. Nasib baik la ahli umno byk dtg
Tapi ok la sbb org pas dah ada kerjasama dgn umno, dah sokong umno. Nanti boss bole tambah dedak lagi
Ahli pas yg tak datang tu ialah penyokong ahok
Ahli pas yg tak datang tu dah tukar sokong pan
Sewa bas ribu2 bole
Buat rumah banjir tak bole
Klu himpun demo, ratus2 ribu dtg.
Klu subuh kat masjid cam ni hari2 kan bagus
Sewa beratus2 bas nak angkut keldai2 dari kelantan dan terengganu. Baik buat himpunan keldai2 di negeri Presideng Pas je. Taklah malu bila tak ramai yg datang sokong.
Harap2 kat padang masyar nanti..boleh lah jawab dedak 90juta yer..
Di padang Mahsyar.. Kalau benar- yg mkn dedak 90juta kn jawab,yg ambik 2.6b kn jawab, yg fitnah ikut suka kn jawab, yg tolak pelaksanaan hukum Syariah pun kn jawab.Bekerjasama dgn sesiapa saja utk memastikan hukum Allah tertegak lebih baik dari sanggup hina sesama islam hanya utk bantu Lim Kit Siang jadi TPM.
Post a Comment