Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14

Azmin minta Najib jangan terlalu teruja
Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.

KLANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlalu 'teruja' menyanggah dakwaan peletakan jawatan seorang menteri kanan kabinet yang tular di media sosial.

Mengakui tidak terkejut dengan penafian Najib, Mohamed Azmin menerusi kenyataan balas di Twitter berkata, lambat laun, kebenaran pasti akan terserlah jua.

"Jangan terlampau teruja, @NajibRazak (perdana menteri). Tenang. Kebenaran akan terserlah," katanya menerusi Twitternya, malam tadi.


Sementara itu, Mohamed Azmin ketika ditemui Sinartv selepas Majlis Makan Malam Amal Jaksa Pendamai Selangor di sini, malam tadi berkata, apa yang dikatakannya itu benar memandangkan maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini.

"Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan.

"Beliau (perdana menteri) memang perlu menafikannya. Tunggu, kita akan umumkan," katanya.
Petang semalam, Mohamed Azmin membayangkan peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib menerusi catatan di Twitter.

Bagaimanapun Adun Bukit Antarabangsa itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.

Sejurus selepas itu, Najib menerusi laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan.

Kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Baru husam sorang2 buat gempak sikit dah menggigil lutut lebai2. Tak dapat bayangkan kalu mat sabu, mahfus dan rafizi turun sekali masa dekat2 pru besok...

Anonymous said...

Saya cadangkan pas cepat2 saman SR dan Husam demi nama baik pas. Saman SR asyik tangguh dan membuat kepercayaan ahli pas makin rapuh serta percaya perkara itu berlaku. Pas mesti segera saman SR supaya kepercayaan ahli pulih semula dan mendapat sokongan rakyat kembali. Jangan terlalu sibuk dgn benda lain tetapi hal penting berkaitan maruah pas dan presiden kita terbiar senyap begitu sahaja.

Kalau kes husam pun tak nak saman atau lambat2kan saman, kita bimbang pas akan berkubur kerana hilang kredibiliti

Anonymous said...

Tolong bagitahu kat azmin supaya turun ke kampung2 daerah hulu langat, kajang, bangi, dll. Bawak cermin mata supaya boleh nampak lubang2 yg makin banyak dan makin membesar.

Jgn jln kat bandar je.
Gi la kampung2

Anonymous said...

Kat Giant dekat sg chua, buat lampu isyarat dekat setahun tak siap2 jugak sampai jalan berlubang2. Memang hebat la selangor bawah azmin neh!

Anonymous said...

Tampal tak sampai dua tiga bulan dah lubang balik...kontraktor tampal nipis sangat sbb nak untung lebih kot

Anonymous said...

Banyak sgt gerai2 tumbuh tepi jalan tanpa permit. Jalan jadi sesak waktu pagi dan petang. Org parking tepi jalan utk beli goreng pisang, ayam golek depan sekolah.

Mpkj buat dekkkkk

Anonymous said...

Sykt apa entah, korek2 lubang besar tengah jalan berbulan2 tak siap2. Bila siap tampal balik jlm macam sial. Jalan tak rata. Naik motor rasa macam naik kuda!!

Anonymous said...

Cuba tengok jln kat kelantan tu. Semua cantikkkk jer

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.