Hadi minta Mahfuz tinggalkan Pas
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak
berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus
mengkritik dan menyerang Pas.
“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.
"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik
Abdullah),” katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mahfuz boleh keluar Pas jika tidak puas hati]
Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti
perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang
telah ditetapkan dalam parti itu.
Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan
menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal
berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik
parti itu.
“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan
(laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena,
termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong
pimpinan yang begitu.
“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia
ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti
termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas
bukan atas nama batang tubuh dia.
“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.
Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media.
“Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan
laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya
dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin,
terpulang kepada jawatankuasa disiplin.
“Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin
ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau
dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin,” katanya.
8 orang berkata:
Pas bila nak berambusss dari Selangor? Buat menyemak je.
Apa ko ingat pas tu bapak dia punya? Kalau bapakkkk dia punya, dah lama mahfuz berambusss.
Hadi bila nak berambusss?
Kalau sayang sangat kat umbo tu pergilah berambusss
Pergi berambussss la ambik dedak tu
Kepada semua ahli pas...
Jom kita berambuss
Bila mau berambusss jumpa ayatololla? Pergilah berambuss
Hhahaha..kan dah kena sebijik dgn TGHH...berambus la msuk DAP tu..bahlol punya Mampuz
Post a Comment