PAS KENA LETAK SYARAT JIKA NAK BERSAMA PAS
JIKA TIDAK NANTI KO RANG RATAH PAS, INI KERANA BAU NAFAS KO RANGPUN DAH TAHU PERANGAI
KO RANG MEMANG TAK BOLEH PERCAYA
JANGAN PERTIKAIKAN SYARAT PAS, KALAU TIDAK
BERKENAN DENGAN SYARAT TERSEBUT MAKA
HANGPA BOLEH LUPAKAN KERJASAMA,
MASALAHNYA IALAH KENAPA KERJASAMA
ANTARA PAS DAN BERSATU YANG MENYEBUK IALAH PAN ? APA HAL SUKA JADI JAMPUK HAL
ORANG LAIN ?
-Pak Karamu-
Kerjasama Pas buntu tetapkan syarat tidak munasabah
IPOH - Amanah yakin kerjasama antara Bersatu dan Pas akan menemui jalan
buntu selagi parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menetapkan
pelbagai syarat yang tidak munasabah.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
berkata, tindak-tanduk Pas yang berdolak-dalik meskipun telah tiga kali
mengadakan rundingan dengan Bersatu turut memperlihatkan tiada sebarang
implikasi positif terhasil.
"Pas letakkan syarat yang cukup ketat, jadi sebenarnya Bersatu tahu
mereka takkan dapat bersama Pas selagi syarat itu dikenakan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jawatankuasa teknikal pelengkap inisiatif wujud persefahaman]
"Selain, dah tiga kali berjumpa (pimpinan Bersatu dan Pas) dan kali
terakhir di Bangsar namun Abdul Hadi kata cuma sembang kosong. Ini jelas
satu penghinaan, tak matang dan menghormati kepada pertemuan yang
dibuat sebelum ini," katanya.
Menurutnya, beliau juga percaya tindakan Bersatu cuba menjalinkan
kerjasama dengan Pas bertujuan menjernihkan kembali hubungan sesama
pembangkang sekaligus merealisasikan harapan satu lawan satu pada
PRU14.
"Bersatu nak jadi jambatan kepada Pakatan Harapan dan Pas.
Mudah-mudahan 'jambatan' itu boleh membuatkan Pas tak letak calon
dimana-mana kita bertanding dan begitu juga kita. Maknanya niat untuk
satu lawan satu itu masih utama," katanya.
Pas dan Bersatu baru-baru ini menubuhkan jawatankuasa teknikal yang
dilihat sebagai satu inisiatif untuk melengkapkan usaha mewujudkan
persefahaman dan kerjasama politik antara parti-parti pembangkang.
12 orang berkata:
Piiirah... hari tu pan dah awal2 cakap akan bertanding dimana saja Pas bertanding. Mamat ni kata lain pulak nk 1 lawan 1.. sudah pan.. lakonan semua tu. Hangpa semua aksn mereput selepas pru14.. tengok la nanti...
Cuba faham betul2...
3 penjuru tu cuma kat semua kawasan pas je. Kawasan yg pas tak masuk calon masih kekal 2 penjuru.
Apa bengap sangat ni?
Aku yakin pas yg akan mereput sorang2
Memang betul. Pan akan bertanding secara tiga penjuru di kerusi pas bertanding.
Apa masalahnya pak karamu?
PANTAIK MEMANG BODOH. KALAU TIGA PENJURU SUDAH TENTU UMNO AKAN MENANG. ADAKAH PANTAIK BARUA UMNO??
Tak lah...umno tak akan menang tapi pas yang akan kalah.
Masalahnya kelate akan tegolek. Rakyay klate dpt mb baru.
Tu yg pakaramu tak titon malam tu
Anon 8.33 lu punya zikir tu ambik dr tuan gulu lu ka?
Selagi klate tak hanyut, mcm tu ler zikir para unta yg menunggang keldai
Biar 10 penjuru pun,pasti ka bn akan menang.bukan ka kalah menang x ada sapa yg tahu.yg pasti bertanding dulu.
Biar 10 penjuru pun,pasti ka bn akan menang.bukan ka kalah menang x ada sapa yg tahu.yg pasti bertanding dulu.
Kesian....kesian
Post a Comment