Pas perlu akui bantuan Umno
KOTA BHARU - Pas tidak dapat mengelak bekerjasama dengan Umno sekiranya
mahu mempertahankan Islam selain memperjuangkan kepentingan umatnya.
Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Mohd
Izani Mohd Zain, berkata, sebagai parti teras kerajaan dan parti Melayu
Islam, Pas wajar mengutamakan kerjasama dengan Umno untuk isu
kepentingan agama dan umat berbanding parti-parti lain.
Beliau yang juga Felo Bersekutu Majlis Profesor Negara, Mohd Izani Mohd
Zain berkata, kedua-dua parti itu perlu melupakan seketika perbezaan
antara mereka demi kepentingan lebih besar, iaitu Islam dan perpaduan
Melayu.
“Pas sebenarnya telah beri banyak peluang DAP mengenali dan memahami
Islam dalam tempoh kerjasama politik mereka, namun DAP sering kali tidak
menghormati perjuangan Pas.
“DAP tidak menghiraukan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju. Bukan
sahaja tidak bersetuju dengan perjuangan Pas, tetapi cuba menghalang
perjuangan pelaksanaan undang-undang,” katanya.
Beliau mengulas pandangan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dengan
mengakui Umno dan BN adalah kelompok umat Islam yang boleh dimanfaatkan
untuk membela agama.
Sementara itu, mengulas isu sama, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr
Mahathir, UUM, Dr Zaharudin Sani, berkata, Islam seperti yang diketahui
merupakan agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan.
Walaupun begitu katanya, ianya perlu disemai dan dibaja agar boleh
terus subur dan pastinya yang boleh menjaganya adalah pihak yang
meletakan Islam sebagai tunjang perjuangan.
“Kini ternyata hanya Umno dan Pas yang memasukkan agenda Islam dalam iltizam kepartian mereka.
“Mana mungkin parti yang liberal dan sekular boleh mempertahankan Islam
yang tidak termasuk dalam agenda perjuangan mereka?,” katanya.
3 orang berkata:
Parti Lidah Amno
Parti lidah DAP agak2 parti mana yeee
Parti lidah ketua penyamun duit rakyat terbesar di dunia agak2 parti mana yeee
Post a Comment