Rasuah: Pegawai, anggota tentera direman 7 hari
KUANTAN - Dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat
leftenan kolonel dan staf sarjan direman tujuh hari bermula hari ini
bagi membantu siasatan kes rasuah.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.
Semalam, SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat
leftenan kolonel yang bertugas di Kementerian Pertahanan kerana
dipercayai telah menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi
termasuk syarikat milik ayahnya yang mana isterinya merupakan pengarah
syarikat tersebut.
Susulan itu, SPRM turut menahan seorang lagi anggota berpangkat staf sarjan yang bertugas di Pahang.
Suspek berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 8.40 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kuantan.
Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
7 orang berkata:
Tak dpt saman husam, dapat kutuk warna baju pun jadi la. Puas rasa kat hati..heh3
Nak tanya.
Sebenarnya kenapa pas tak saman SR dan Husam? Kami ahli pas berasa musykil sama ada akaun afin bank itu benar2 wujud atau cuma fitnah dua pihak tersebut.
Tolonglah bertindak tegas.
Samanlah.
Berani kerana benar.
Takut kerana salah.
Peliharalah maruah parti kita.
Jangan samanlah.
Takut semua bocor.
Lebih baik senyap saja.
Lama2 orang lupa.
Kebanyakan baju org jahat kat jel warna hijo.
Cuba google
Kalu x saman tu betol la kot?
Sblm nak saman mestila kumpul bukti....lain la kalu fitnah tak perlu bukti
Post a Comment