Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? tanya Shahrir
OHOR BAHRU - Penahanan bekas Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (Felda) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
pada bulan lalu, merupakan kemuncak kepada tindakan dalaman diambil
lembaga tersebut.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, laporan Ketua
Audit Negara selain maklumat hasil siasatan dalaman Felda, memudahkan
untuk pihak SPRM mengambil tindakan ke atas individu terbabit.
"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes
Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian
runtuh.
"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.
"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan
peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda...begitu sanjung peranan
Felda...saya rasa mereka pun kecewa," katanya kepada pemberita pada
Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin
Idaman A, di sini hari ini.
Shahrir berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan dengan pelbagai program yang dibuat.
"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat
balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa
kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.
"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda.
Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.
Beliau berkata, oleh itu menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda
pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan
kakitangan lembaga tersebut.
"Kalau sudah yakin.. kita tahu tugas kita.. kita buat kerja kita
sebagai pengurusan, peneroka pun akan kembali balik kepada kita. Percaya
balik kepada Felda.
"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya.
4 orang berkata:
Mudah2an ada perubahan yg lebih baik.
Yg ptg bersedialah utk menggantikan pas di kelantan utk memajukan kelantan supaya tidak ketinggalan lagi.
تربایک۰۰۰۰۰۰۰
Felda tu menatang apa?
Felda tu penting utk umno.
Felda lingkup umno lingkup.
Harap shahrir dpt pulihkan felda sebelum pru14
Post a Comment