TIDAK SIAPA YANG BOLEH MENGHALANG DAP CAMPUR TANGAN DALAM MASALAH AGAMA
SEKIRANYA JABATAN AGAMA ISLAM DAN
MAJLIS RAJA-RAJAPUN SUNYI SEPI
KERANA ITU YANG LAIN JANGAN MENYEBUK.
JIKA SETAKAT BERI AMARAN ITU BOLEH SAMPAI MANA ? ORANG YANG NAK JAHANAMKAN ISLAM
MEREKA TERUS AKTIF BERTERUSAN
ORANG ISLAM YANG LAIN
BOLEH TIDOR LA
-Pak Karamu-
Fatwa: Bukan Islam jangan masuk campur
SHAH ALAM - Pas hari ini memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri proses fatwa.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman
Razali berkata, campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai
oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama
Islam.
"Kami mahu kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menterinya, Lim
Guan Eng supaya tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri
sebagaimana berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan kalimah
ALLAH dan lain-lain.
"Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri P.Pinang) 2004 jelas menuntut
fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang Dipertuan
Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan bukannya kepada ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Guan Eng
terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Salleh Ahmad semalam mengakui berlaku campur tangan kerajaan negeri
dalam proses penfatwaan seperti yang dibangkitkan Pas Pulau Pinang
sebelum ini.
Katanya, ada arahan daripada Exco Agama Islam, Datuk Abdul Malik Kassim
pada 2010 berhubung fatwa kalimah ALLAH yang telah digazetkan.
Menurutnya, Abdul Malik meminta supaya perkara itu dibincangkan semula
agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian kerajaan
negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah
ALLAH.
Menurut beliau, perkara seumpama ini tidak sepatutnya boleh dipandang ringan oleh umat Islam seluruh negara.
"Kenyataan bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Ahli
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad yang
mendakwa berlaku campur tangan ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau
Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong kerana
campur tangan politik adalah sesuatu yang berat dan serius.
"Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses
fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri,"
katanya lagi.
3 orang berkata:
Orang agama pun mentekedarah dedak rm90juta mcmana nak perkasakan agama? Mulut berbuih2 laungkan islam, tangan diam diam sambut dedak 90juta.
Apa kurangnya blogger macam pakkarmu ni .otak sama je
Jgn makan sorang2 bang.
Post a Comment