Muhyiddin masuk bakul angkat sendiri
SHAH ALAM - Warkah terbuka Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat seolah-olah mengiyakan titah
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa dirinya seorang
yang angkuh dan sombong.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, teguran
tersebut tidak dipandang serius oleh Muhyiddin malah warkah terbuka
bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga dilihat seolah-olah mencabar
pihak istana.
“Dia (Muhyiddin) tidak perlu menjelaskan jasa-jasa yang telah
dilakukannya sewaktu berkhidmat dahulu kerana khidmat bakti tersebut
adalah ketika beliau bernaung di bawah panji Umno/BN.
“Kelihatan seperti dia cuba menyembunyikan dosa-dosa lampau dengan
menyatakan jasa-jasa yang telah dilakukannya,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, laporan berita memetik kenyataan Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar mengenai kegagalan dua Menteri Besar Johor
sebelum ini mentadbir negeri itu dengan baik.
Muhyiddin kemudiannya
tampil dengan warkah terbuka berkaitan hal itu.
Mengulas lanjut Ab Aziz turut mempertikaikan keupayaan Muhyiddin ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor.
“Saya ingin menyingkap sedikit tentang kegagalan Muhyiddin seperti
menguruskan Amanah Saham Johor (ASJ) sehinggakan masih terdapat ramai
yang menanggung hutang akibat melakukan pinjaman untuk membeli saham
tersebut.
“Begitu juga dengan keputusan Muhyiddin untuk menukarkan hari cuti
negeri Johor daripada hari Jumaat kepada hari Ahad sehingga mendapat
bantahan yang luar biasa dari rakyat Johor termasuk dari pihak Istana,
setelah 22 tahun barulah dapat dikembalikan semula,” katanya lagi.
Ab Aziz turut menasihatkan Muhyiddin agar jangan menabur fitnah dan berpolitik secara matang.
"Janganlah menabur fitnah, bersifat angkuh dan sombong akibat cita-cita
politik yang tidak kesampaian, kita boleh berlainan pendapat tetapi
biarlah berpolitik secara matang dan progresif yang akhirnya memberi
khidmat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat,” katanya.
1 orang berkata:
Kalu betul, angkat bakul pun tak apa. Jgn jadi mcm unta2. Unta suka angkat keldai.
Post a Comment