Tindakan Amanah bukan ancaman
KUALA TERENGGANU – Kecaman dan tohmahan Amanah terhadap Pas disifatkan
bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada Pas dan mengukuhkan
keyakinan pengundi terhadap Pakatan Harapan.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata,
perkembangan itu jelas ditunjukkan melalui sikap pemimpin-pemimpin
Amanah yang seringkali memainkan isu-isu memburukkan dan menonjolkan
kelemahan Pas kepada khalayak.
“Mereka mengutuk Pas kerana mahu perkukuhkan Pakatan Harapan. Mereka
kata hendak lawan Umno tetapi mereka tuduh Pas bersama Umno. Kita nampak
serangan lebih kepada Pas dan naib presiden (Amanah) pun kata hendak
ambil Kelantan daripada Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tawan kubu kuat Pas di Dun Panchor]
“Ini menunjukkan bahawa mereka bukan melawan Umno tetapi lebih menyerang Pas, tidak serang BN,” katanya.
Beliau berkata, isu Rang Undang-Undang Akta 355 juga turut menunjukkan
bahawa pendirian Amanah tidak mahu bersama-sama demi kepentingan Islam
sebaliknya Umno sebagai parti lawan pula memberi sokongan terhadap
Himpunan 355 (H355) di ibu negara, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Azman Shapawi yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan
Dungun turut menafikan bahawa Pas gagal dalam memperkasa tarbiyyah
dalam kalangan ahli-ahli sehingga memperlihatkan perpecahan melalui
penubuhan parti serpihan itu.
Katanya, Pas menitikberatkan aspek itu bagi memastikan setiap anggota
memahami perjuangan dan bersama-sama jemaah dalam apa jua perkara bagi
memastikan parti itu terus kukuh.
Bagaimanapun katanya, dengan tindakan ahli Pas keluar parti dan
menubuhkan serta menyertai parti baharu, ia berpunca dari beberapa
faktor.
“Mereka yang lari dari Pas ada beberapa peringkat iaitu bawahan,
pertengahan dan tertinggi sehingga bekas timbalan presiden Pas sendiri
(keluar Pas). Alasan bagi yang tiada tarbiyyah mungkin ada sebahagian
masuk Pas tapi tidak bersedia dengan program tarbiyyah menyebabkan
mereka ikut cara sendiri seterusnya mengambil sikap lari parti.
“Ada juga pihak tertinggi yang cukup tarbiyyah, bertahun-tahun
bersama-sama Pas, ada yang masuk lokap dan tetapi kemungkinan hati kecil
tidak yakin Pas menang kerana sudah lama berjuang menyebabkan mereka
sudah bosan sehinggalah dapat tawaran lebih baik untuk menang,” katanya.
Sementara itu, beliau menyifatkan tindakan Amanah bukanlah satu ancaman
kepada Pas berikutan parti itu sentiasa menerima keahlian baharu setiap
bulan dengan melebihi 1,000 ahli di seluruh negara.
5 orang berkata:
Bodoh.
Kita memang nak pas tumbang di Kelantan. Pas tumbang rakyat senang.
Jadi ke debat ustaz attakiri dgn ustaz rozaimi? Banyak org tengah tunggu ni.
Mintak tolong usahakan.
Nak tengok hujah dua2 belah pihak.
Klu boleh buat siaran langsung
Bukan nak cari pemenang tapi nak tengok pandangan ulamak2 terdahulu berdasarkan nas dan hadis.
Dah jelak dah dgn kafir mengkafir tu.
PA$ ni tak habis2 nak bermusuh dgn semua orang termasuk dgn bekas ahli2 parti sendiri. Mmg patut dipanggil Parti Ajaran Syaitan berimamkan dajjal.
Post a Comment