Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMAPUN PARTI PAN DUA TELINGA MEMEKAK

PARTI DUA TELINGA SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG
PASAL APA ?
 
ADA ORANG KATA SEBAB MEREKA NAK NAIKAN
SEMANGAT DIA ORANG KERANA AHLINYA TAK
BERAPA KERATPUN,
 
SEBAB ITU MEREKA MENYIBUK, ERMMM, TAK MALU KE ? KALO TUBUH PARTI HANYA NAK
MENEMPEL KEKUATAN ORANG LAIN LEBIH BAIK
TUTUP JE LA PAN TU

-Pak Karamu-
 
 
 
Amanah jangan sibuk kerjasama Pas - Bersatu
Pas, Bersatu

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya tidak masuk campur apa sahaja urusan parti lain, demikian menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, kerjasama antara Pas dan Bersatu adalah urusan kedua-dua parti itu, seharusnya parti luar tidak perlu ambil tahu.

“Saya pun hairan, mengapa ada orang luar yang mahu tahu kedudukan kerjasama antara Pas dan Bersatu, sedangkan mereka sendiri bermasalah dan banyak masalah.

“Hal Pas, biarlah Pas uruskan sendiri. Kami bukan parti baru. Kalau nak tahu perkembangan, Amanah boleh bertanya pada Bersatu kerana mereka juga ada jalinan yang kuat,” katanya kepada Sinar Online.

Takiyuddin diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kerjasama itu akan menemui jalan buntu selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan pelbagai syarat yang tidak munasabah.


“Apa juga syarat atau status perbincangan, biarlah ia menjadi urusan Pas dan Bersatu sahaja.

“Cuma saya nak tekankan, tidak kiralah urusan politik, bisnes atau apa sahaja, tidak semua yang kita mahukan akan berjaya.

“Kerana itu, diadakan perbincangan. Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah tanda kami boleh berbincang. Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik kecuali Amanah,” katanya.

Beliau menegaskan, Amanah tidak perlu lagi memberi sebarang kenyataan berhubung Pas.

“Kita ada parti sendiri, jagalah parti kita baik-baik. Itu lebih baik daripada bercakap megnenai parti kita yang sudah lama terbina ini,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin ketika ditanya bilakah jawatankuasa teknikal antara Pas dan Beratu akan mencapai kata sepakat, beliau berkata, ia hanya akan diputuskan sebelum PRU14.

“PRU14 pun lambat lagi, tak tahu bila. Jadi masih ada masa untuk dua parti ini terus berbincang dan memikirkan masa depan terbaik kami untuk pilihan raya akan datang.

“Apa juga keputusan, tunggu dan lihat,” katanya.

25 orang berkata:

Anonymous said...

Baru husam sorang gegar sikit dah tunggang langgang para lebai hj dogol. Tak dapat nak bayangkan kalu husam, mahfuz, salahudin, mat sabu, rafizi buat gegar 100% dekat2 pru14 esok. Mau teduduk lebai2 dibuatnya!

Anonymous said...

Pehhhh terbaiklah husam. Ada orang sudah menggelerat lutut buat ceramah guna nama husam.

Anonymous said...

Nama parti islam tapi presiden baham dedak. Dihulur rm90juta, serban melayang entah kemana hahaha. Ulama la sangat.

Anonymous said...

Kesian....kesian....

Anonymous said...

Entahlah, harap namanya parti islam. Parti Islam hak benar2nya ialah PAN ngan , sebab tu DAP suka. husam macam imam mahdi ooo. kalau tak pun macam ramayana hero kitab hindu tu. BANGANG AL KELDAI PUNYA ORANG. keh 3

Anonymous said...

Kesian pas. Kusut masai pas dibuatnya.

Anonymous said...

Cam mana bole kantoi?

Anonymous said...

Bila la nak saman. Tak sabor nsk tengok tokey SR masuk mahkamah

Anonymous said...

Hahahaha

Anonymous said...

Aku tak percaya kat hussam ni. Kalau betul mana no akaun? Mana bank statement? Ado??

Anonymous said...

Org yg didakwa bagi derma 90j tu pun kena masuk mahkamah jugak. Best tuu...

Anonymous said...

Nak wat ape?

Anonymous said...

Klu betul tak kan la second boss tak tau...lain la kalu makan sorang2

Anonymous said...

Cuba peratikan dua ayat ni...

1. Betul dok dedak tu masuk ko akaun ahpim beng?
2. Dedak itu sah masuk dalam akaun encik dol di akaun ahping beng.

Ayat 1 ialah ayat tanya. Org tu nak tanya je.
Ayat 2 ialah ayat utk memberitahu. Mungkin fitnah. Mungkin betul.

Anonymous said...

Cuba tgk yg ni pulak:

1. Dia terima dedak.
2. Incik Tom terima dedak dr incik Tam.

Ayat 1 bersifat umum. Dia mungkin incik ali, incik dol, emak incik dol dll. Umum sgt.
Ayat 2 bersifat khas sbb ada nama, penerima dan pemberi.

Anonymous said...

Tentang MAKAN...

Ada orang makan sembunyi2.
Ada orang makan senyap2.
Ada orang makan sorang2.
Jarang orang makan kongsi2.

Tak kisahlah. Yang penting kenyang, sendawa dan perut membulat.

Anonymous said...

Contoh perbuatan baik dan patut dicontohi:

Kalau kita dah beri sesorang tu benda ke, makanan ke, baju ke, duit ker...tak bolehlah kita bising2, kecoh2, bongkak, ungkit2 dan sebagainya. Kita kena senyap, diam, tutup mulut. Yang penting pemberian kits tu ikhlas. Kalau kita bising, kecoh2 nak bagitahu semua orang, maknanya kita tak ikhlas dan ada udang sebalik batu. Bila beri derma kita kena senyap2, sembunyi2 bak kata orang tangan kanan derma tangan kiri pun tak tahu. Itu baru ikhlas dan dapat pahala besar.

Anonymous said...

Dalam islam beri derma dan terima derma tak salah. Yg salah ialah mencuri dan merompak.

Betul tak?

Anonymous said...

Kalau ada orang kata, en Atan, ambiklah duit 9 ribu ni buat belanja anak2. Saya bagi free je. So ambik aje la sbb org bg kita free.

Anonymous said...

Kalau ada org kata cam ni, en Ali, aku bagi ko duit 9 ratus ni free je. Ambik la buat beli makanan anak2. Duit ni aku curi kat kedai pak Tam.

Dlm kes ni tolong jgn ambik. Klu ambik dah kira besekongkol. Nanti masuk neraka.

Anonymous said...

Dekat mana2 pun sekarang, orang nak jadi ketua. Sebabnya supaya gaji besar, kaya, org panggil bos dan bila lalu orang tunduk kepala dan cium tangan.

Sebab tu org tak berlumba2 jadi kuli. Sbb tu org belumba2 jadi calon, bergaduh nak jadi calon, betumbuk nak kekal jadi calon...

Sebenarnya kalau ikhlas nak perjuangkan rakyat atau agama, tak perlu jadi calon utk jadi bos dulu. Kat mana2 pun boleh perjuangkan islam. Jadi ustaz ker, jadi imam ker, jadi tukang gali kubur ker waima jadi tukang angkat tong taik sekalipun.

Malangnya org sekarang fikir nak petjuangkan islam cuma dgn satu jln sahaja iaitu menjadi calon dan penyokong parti yg ada nama islam!

Anonymous said...

Pan dah meroyan sebab sokongan yg diharapkan tidak menjadi realiti. Banyak sangat cakap kosong. Pemimpin tak berkualiti. Fitnah tak menjadi.

Anonymous said...

Pas dapat duit. dia pulak tukang sibuk. PANngan wa banggang al keldaidi.

Anonymous said...

فاس دافت دوپت کاو بیار بتول دوا کاچ فای سامن کاو کاچ

Anonymous said...

Tiada fakta dan pengetahuan nak menjawab tuduhan RM 90juta maka maki hamun menjadi pilihan. Penafian pun tidak mampu untuk meredakan kerana penafian tanpa sebarang bukti, saman pula hanya mainan politik semata-mata. Di depan wartawan nyatakan akan saman tapi domumen saman tak pernah dibuat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.