Pas beri keputusan muktamad kerjasama Bersatu
MARANG – Usaha Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memujuk
Pas agar bekerjasama dengan parti itu dalam menghadapi PRU14 akhirnya
menemui noktah apabila Pas tetap bertegas dengan pendirian mereka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini sekali lagi
mengulangi pendirian parti itu, yang tidak akan menjalin kerjasama
dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
“Kita sudah ada garis panduan, kita tidak akan bekerjasama dengan parti
yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Sikap kita begitulah,” katanya
ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila di sini, hari ini.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Marang itu menyempurnakan Majlis Perlepasan
Konvoi Himpunan RUU 355 bertolak dari perkarangan Masjid Rusila ke
Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Pada 14 Februari lalu, Bersatu memberi tempoh sebulan lagi kepada Pas
untuk membuat keputusan sama ada untuk bekerjasama dengannya dan blok
pembangkang lain.
Mahathir yang dipetik berkata, pihaknya masih memberi masa kepada Pas
demi memberikan peluang cerah kepada blok berkenaan untuk memenangi
PRU14 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh tunggu Pas buat keputusan dalam
tempoh yang lama. Kita sudah beri masa lama pada mereka untuk buat
keputusan.
“Banyak lagi kerja kami perlu buat untuk persiapan menjelang PRU14.
Takkan kita nak tunggu selama-lamanya untuk mereka membuat keputusan,”
katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelantikan Watikah Ketua-ketua
Bahagian Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana.
13 orang berkata:
Dengan maksud lain kata2 hadi berbunyi begini: saya lebih sayangkan umno sebab najib beri saya rm90juta. Noktah.
Perangai si hadi ni bukan mcm rasulullah..menjauhkan diri dari harapan rakyat utk melihat keadilan tertegak di malaysia..hadi bangsat makan duit haram 90juta..
Berjubah dan berserban tu belum tentu lagi berdiri di jalan Allah. Ada yg berserban dan berjubah untuk cari makan isi tembolok sendiri dan anak menantu. Noktah
Kalau Padang Merbuk tak penuh tak tau lah. Mari kita lihat perhimpunan tajaan umno/bn.
Dapat free nasi lemak sotong tak?
Aku ni hanya penyokong PAS tp bukan ahli slps hampir 30 thn jd kadam dn pecacai UMNO. Alhamdullillah diusia mendekati 6 siri ni aku diberi taufiq utk bertaubat dn ikuti kuliah ngan belajor ngaji pelan2. Yg aku hairan klu diamati komen2 diatas jelas kamu bekas ahli PAS.yg skrg kadam DAP dlm PAN tp mcm x ingat nk mati dok maki hamun ulamak. Dulu aku selalu dok sabotaj ceramah PAS...dan kini atas pengalaman politik aku hingga berjawatan AJK Bahagian UMNO dgn ilmu agama x seberapa yakin dn percaya hanya PAS shj yg mampu selamatkn negara dn ummah
Pas x boleh selamatkan umah dgn cipta ruu 355 shj tapi kafirkan org. Pas pun x boleh selamatkan negara sbb hutan dia sapu. Sbb tu aku jadi atas pagar lepas tinggalkan pas.
Taksub pd manusia dan parti politik boleh jd biol. Tgk contoh walaun2 Pas. Allah butakan hati mrk utk menilai yg baik dgn yg jahat. Ulamak pewaris nabi dgn ulamak suu akhir zaman.
Kalu kelantan jatuh jgn salahkan pan pulak. Salahkan hadi tau...
Dulu 30 tahun jadi khadam dan pencacai umno. Sekarang umur 60s jadi khadam dan pencacai pas.
Bagus2.
Sampai mati la ko jadi khadam dan pencacai.
Ada yg berjubah dan beserban jual agama dan menipu org miskin. Jual doa, air jampi dan kismis utk org miskin yg otak tak berapa jalan.
Jgn ingat serban dan jubah itu mesti ahli syurga.
Kismis beli kat kedai kapir makan babi harga RM1. Kismis letak dlm botol jampi bahasa arab harga RM50. Kismis dlm botol jampi bahasa arab oleh tok guru harga RM80. Kismis dlm botol jampi bahasa arab kat hotel negara arab harga RM150....
Gila.
Baik beli RM1 kat kapir makan babi, masuk dlm botol dan baca sendiri ayat Quran. Save RM149....
Jgn salahkan hadi. Salahkan unta2 hadey
Umno yg rosakkan negara..pas nak tumpang sekaki..balun harta rakyat..kesian kat kau..sampai mati lah jadi khadam umnopas..
Post a Comment