Guan Eng akui silap percaya wakil rakyat DAP itu...
GEORGETOWN - "Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama.
"Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan puak beliau yang berubah berikutan kekalahan mereka."
Ketika menyatakan perkara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
berkata keempat-empat wakil rakyat berkenaan menumpukan serangan mereka
terhadap parti dan bukannya kepada skandal rasuah serta penyalahgunaan
kuasa di negeri ini selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti
peringkat negeri pada 2015.
"Mereka bukannya berusaha untuk memenangi semula keyakinan daripada
ahli DAP Melaka, sebaliknya mereka menentang DAP kerana didakwa menolak
mereka, mengakibatkan keanggotaan mereka digantung setahun oleh parti,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain Sim, wakil rakyat lain yang mengumumkan keluar daripada DAP
ialah Lim Jak Wong (Bachang), Goh Leong San (Duyong) dan Chin Choon
Seong (Kesidang).
Guan Eng mengakui kesilapannya kerana percaya bahawa Sim dan para
pemimpin puaknya akan terus setia kepada DAP dan kempen parti untuk
menyelamatkan Malaysia di sebalik wujudnya perbezaan pendapat dengan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
"Saya dukacita apabila mendengar Sim berkata beliau keluar daripada
parti tanpa rasa pilu sungguhpun menjadi anggota parti selama hampir 35
tahun," katanya.
Guan Eng berkata DAP boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Sim
ketika beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2013
menentang calon DAP bagi kerusi Kota Laksamana.
"Bagaimanapun, parti ini percaya beliau telah tersalah arah dan masih setia kepada DAP serta anggotanya."
Menyifatkan peletakan jawatan keempat-empat mereka sebagai tidak
dijangka, beliau berkata tidak seorang pun daripada mereka yang
menyatakan kepadanya, pemangku pengerusi kebangsaan parti Tan Kok Wai
atau setiausaha pengelola kebangsaan Anthony Loke, berhubung maksud
perbezaan dasar itu.
"Mereka nampaknya keliru tentang apakah perbezaan dasar yang mereka
kurang senang. Mereka juga kelihatan keliru berhubung rasional dalam
meletak jawatan, yang seolah-olah lebih kepada tindak balas peribadi
berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri Melaka
dan diikuti dengan penggantungan keanggotaan selama setahun," katanya.
Guan Eng berkata pada Selasa, beliau akan ke Melaka untuk mengadakan
mesyuarat pada 8 malam dengan anggota dan pemimpin DAP Melaka. - Bernama
2 orang berkata:
agaknya lge tiao pan ni
klu gitu pan hadiah utk dap la
Post a Comment