DALAM KEADAAN YANG ADA SEKARANG
PAS JANGAN SESEKALI MENGUNDANG
PARA PENGKHIANAT KE MAJLIS PAS.
MEREKA SEKARANG SEDANG BERDENDAM
DAN MENCARI HELAH SIMPATI YANG
BERMUSLIHAT.
PAS JUGA KENA FAHAM, SESUNGGUHNYA
ADA SUARA-SUARA YANG SUMBANG
DARI MEREKA YANG PRO PENGKHIANAT
MENGATAKAN PAS SEDANG
BERDENDAM !
YANG TERBAIK BUAT KERJA MASING-MASING
Hadir ceramah: Husam cari publisiti
KOTA BHARU - Tindakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang
hadir secara tiba-tiba pada ceramah Pas dua hari lalu disifatkan sengaja
mahu mencari publisiti.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara
tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan sebelum ini Husam telah
diberikan tempoh bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan.
“Bagi saya (datang majlis orang) dengan begitu tidak sesuai, dia hadir
untuk tujuan apa pun kita tidak tahu. Bagi saya apa yang dilakukan Husam
itu adalah bukan cara yang betul.
“Kalau kita tafsir dalam sudut yang negatif dia (Husam) mahu cari publisiti,” katanya kepada media di pejabatnya hari ini.
Mohd Amar yang menyelar tindakan Adun Salor itu juga menjelaskan
sepatutnya Husam menggunakan peluang diberikan sebelum ini untuk
membahaskan segala pandangan beliau tentang isu tersebut dan bukannya
‘menerjah’ ceramah pada malam itu.
“Diibaratkan macam orang jemput untuk hadiri kenduri lah, kita kena
pergi pada hari kenduri. Kalau kita pergi hari lain ia akan menimbulkan
masalah,” katanya.
Dalam ceramah Husam Lari Debat Baiah yang diadakan di perkarangan
Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin lalu, suasana kecoh apabila bekas
Naib Presiden Pas itu tiba-tiba muncul di majlis anjuran Pemuda Pas
Kelantan itu.
Husam yang tiba jam 11 malam itu berada sepentas dengan pimpinan Pas
setelah dipelawa Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.
Keadaan kecoh seketika apabila ada antara hadirin dalam ceramah itu
mencabar Husam untuk berdebat dan penyokong kedua-dua parti saling
mengeluarkan kata-kata cemuhan.
7 orang berkata:
Woi lebai2 kera..dah terlalu banyak silap dan khilaf kamu..bangsat..pengkhianat rakyat
Kalu Amanah buat ceramah pakai nama dia utk buruk2kan dia sbg tajuk, agak2 lebai ni ok tak?
Mau terlompat2 berok di seluruh penjuru dunia
Bengap betullah
Tu muka ulamak ke tu?
Lebai penunggang agama 90juta perosak Islam.
Muka ularrrmak fulus
Gerenti lebai2 terlompat2 mcm beruk mat yeh pakai kopiah.
Post a Comment