Azmin tipu, tiada menteri letak jawatan: PM
SHAH ALAM - "Tiada menteri yang meletak jawatan," demikian status yang
dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Status tersebut bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali yang menerusi laman Twitternya menyebut ada
seorang menteri kanan khabarnya meletak jawatan kerana tidak mahu
bersubahat dengan skandal 1MDB.
Najib berkata, dakwaan Mohamed Azmin adalah tipu dan dan sengaja direka.
"Jika perkara itu benar, sudah pasti beliau tidak teragak-agak untuk menyatakan nama menteri berkenaan," ujar Najib.
Najib menjawab dakwaan status Mohamed Azmin yang dimuat naik sekitar tiga jam lalu.
Antara yang ditulis Mohamed Azmin adalah;
"Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan ?
Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti
perkembangan."
2 orang berkata:
Bila nak saman SR ngan Husam?
Sedangkan ketua lebai parti jual agama pun dipanggil pembohong bersiri..najib apa ada hal?
Post a Comment